Nama diberi Nurul Camelia Binti Mohammad..lahir pada 5 April 1998. Comel kan sahabat saya ni..
Saya mula mengenali beliau pada tahun 2016 iaitu setahun yang lalu. Walaupun waktu pengenalan agak singkat tpi cukup mencipta banyak kengan suka dan duka, tangis dan tawa, air mata serta senyuman paling manis pada tahun tersebut. Anehkan ? dalam waktu yang singkat ni boleh mencita 1000 kenangan yang sukar dilupakan tetapi itulah hakikatnya.. Kami ditemukan di Kolej Matrikulasi Melaka, Londang . Beliau merupakan classmates semasa praktikum Minggu Asimilasi saya iaitu minggu perkenalan kelas di matrik tetapi dalam masa 2 minngu itu kami tak pernah bertegur mahupun bergaul kerana masing-masing sudah mempunyai sahabat sendiri.
Selepas 3 minggu kelas kami diubah untuk ditetapkan dalam kelas yang akan kekal sehingga tamat pembelajaran kami di matrik. Oleh sebab kami pernah Satu kelas Asimilasi jadi kami mengambil keputusan untuk bergerak sama-sama kelas untuk kelas pertama. Dan bermula di situ la titik perkenalan kami untuk bersuai kenal bermula. Pada permulaan perkenalan kami, saya menganggap dia seorang budak NERD..Hahahaha..saya ni suka jugde orang sesuka hati😜😜😜 tapi anggapan saya salah kerana sebenarnya dia seorang yang sangat cemerlang dalam hidup dan seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk mengubah dirinya dan keluarganya.
Maka bermula la titik perkenalan kami sebagai BESTFRIEND FOREVER. Kami telah berjanji untuk menjadi akauntan bersama sama suatu hari nanti..Kedengaran seperti impian setiap kanak-kanak kecil tetapi In sya Allah kami ingin kotakan. Untuk bercerita tentang kenangan yang kami cipta memang banyak. Jadi saya hanya akan flashback balik je kenangan-kenagan kami melalui gambar
Gambar ini diambil semasa kami dipilih untuk menjadi fasilitator bagi subjek perakaunan dan dihantar ke UITM Lendu untuk diberi pencerahan kepada mentee kami-kami nnti. Lawatan ini jugak dipilih untuk pelajar-pelajar yang bakal mendapat 4 flat untuk Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi Semester 1(PSPM1). Agak terkejut kerana terpilih kerana saya bukan pelajar cemerlang pun..Kalo Camelia yang terpilih tu ye la jugak saya percaya.
And finally Alhamdulillah, kami kotakan harapan pensyarah-pensyarah kami untuk mendapat keputusan 4flat semasa peperiksaan PSPM1. Saya doakan kami mampu berjaya di dunia dan di akhirat serta diberikan keberkatan dan kerahmatandi setiap kejayaan yang kita perolehi.
gambar ini diambil selepas kami berdamai akibat perang yang besar dalam kelas akibat salah faham dan sifat kepuak-puakankan. Setiap malam saya dan Camelia cuba untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kelas praktikum. Kami terpaksa berjumpa dengan setiap orag kerana bertanya tentang masalah yang akan jadi kalau perkara ini berlanjutan. Akhirnya kami membuat keputusan untuk membuat sesi luahan hati untuk semua orang tak kira lelaki atau perempuan tentang rasa hati terhadap setiap orang di dalam kelas tersebut dan Alhamdulillah selesai masalah kami.
Agak banyak kenagan yang tak dapat diceritakan disini. Kenangan yang sentiasa di dalam hati ini kadang-kadang membuatkan hati terasa pilu dan sedih kerana jarak dan masa yang menyekatkan kami untuk berjumpa. Camelia menetap di Johor manakala saya pula menetap di Selangor dan saya mengharapkan Allah pertemukan kami suatu hari. Memang sosial media mampu menghubungkan jarak kami yang jauh tapi tak mampu mengubat hati kami untuk bersemuka.
Kini kami telah menyambung pelajaran ke universiti untuk menggapai impian yang ingin dikecapi bersama. Universiti Utara Malaysia(UUM) adalah universiti pilihan kami tetapi Allah telah mengaturkan segalanya. Saya tidak dapat menyambung pelajaran ke UUM kerana mendapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Pentadbiran Perniagaan. Tetapi sahabat saya Camelia dapat menyambung pelajaran ke UUM dalam bidang yang kami inginkan iaitu Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian. Tahniah sahabat💪.Di sini saya selitkan video yang saya buatkan untuk saya sahabat saya sebelum kami menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Melaka
NURUL CAMELIA BINTI MOHAMMAD |
Camelia,
Andaikan engkau membaca setiap tulisan yang saya tulis saya harap awak akan sematkan diri saya dalam setiap kenagan kita.
Hati-hati sahabatku
Moga engkau sentiasa di bawah lindungan-Nya
salam #kitakawan
SAKINAH