Alhamdulillah apabila dah menjejak ke minggu ke 14 ini, maka telah tamatlah semester satu saya di UKM. Sekejap sahaja masa berlalu. Rasa seperti semalam sahaja saya menjejakkan kaki di UKM sebagai mahasiswi. Banyak pengalaman pahit dan manis yang berlaku di UKM ini sepanjang semester satu. Yang manis saya simpan sebagai kenangan yang paling bermakna manakala yang pahit saya jadikan pedoman dan pengajaran buat masa akan datang.
Penulisan blog ini adalah di bawah Aplikasi Komputer. Dalam Aplikasi Komputer, kami belajar penggunaan software dalam komputer seperti Microsoft Word, Excel, Access dan sebagainya. Selain itu kami juga mempelajari HTML dan penggunaan Blogger juga. Saya tidak pernah menulis dalam blog kerana tidak brminat dalam penulisan. Tetapi selepas Dr. Zaleha memberi blog sebagai task dalam Aplikasi Komputer, jadi saya terpaksa la membuatnya. Pada mulanya saya merasakan ia seperti paksaan tetapi lama kelamaan ia menjadi satu hobi buat saya kerana saya menjadi blogger ini sebagai diary aktiviti saya. Amat seronok membuat penulisan dalam blogger ini walaupun adakalanya muncul perasaan malas itu tetapi ia amat membantu saya dalam penulisan juga.
Bagi saya, dalam semester satu ini saya amat berminat dengan Aplikasi Komputer ini kerana banyak sistem dalam komputer yang tak pernah saya selongkar, saya selongkar semasa kelas Aplikasi Komputer ini. Saya juga amat suka dengan pensyarah yang mengajar kerana Dr.Zaleha mengajar dengan cara yang kami mudah paham.
Jadi sebagai kesimpulan, banyak yang saya pelajari dalam kelas Aplikasi Komputer dan amat membantu pada masa akan datang. Harapan saya, saya harap saya dapat menguasai dan mengamalkan apa yang saya pelajari di Aplikasi Komputer.
No comments:
Post a Comment