Sunday, 5 November 2017

KAIN ANDUH

Kain Anduh adalah salah satu perkara asas yang perlu ada dalam setiap ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Bukan setakat perlu ada sahaja malah perlu tahu cara penggunaannya.

Disebabkan saya salah seorang ahli Bulan Sabit Merah jadi saya perlu hadir ke kelas setiap sekali seminggu tak kira hari apa. Oleh itu kelas minggu ini adalah kelas praktikal untuk beberapa ikatan kain anduh yang asas dan perlu diketahui oleh semua ahli Bulan Sabit Merah. Ikatan yang pertama yang perlu tahu adalah ikatan buku lali. Ikatan ini adalah ikatan yang asas dan antara kegunaannya adalah supaya memudahkan doktor atau pakar kesihatan untuk membuka ikatan balutan yang dibuat. Ikatan ini agak mudah dan senang dipelajari.

Ikatan seterusnya adalah ikatan apabila kaki terseliuh pada buku lali. Ikatan dikenali sebagai Eight kerana kelihatan seperti nombor 8. Fungsi ikatan ini adalah sebagai menghalang pesakit daripada terus menggerakkan kakinya kerana ia akan menyebabkan kesakitannya akan menjadi teruk. Ikatan ini perlu diikat dengan ketat supaya tiada lagi pergerakan pada kaki.

Ikatan ketiga adalah ikatan Eight di lutut kaki. Ikatan ini akan diikat sekiranya lutut pesakit telah patah. Jadi untuk mengelakkan ia daripada terus kesakitan, Ikatan ini akan dibuat untuk menyekat segala pergerakan pada keseleruhan kaki.

Ikatan keempat adalah ikatan yang akan dilakukan sekiranya pesakit patah atau terseliuh pada tangan dan menyebabkan tangan pesakit lemah dan tak bermaya. Kesakitan ini akan dihalang dengan melalkukan ikatan kain anduh yang selalu dibuat oleh doktor. Ikatan ini akan menggantungkan tangan mangsa dan seterusnya menghalang pergerakan di tangan dari bahu ke lengan.

Ada beberapa lagi ikatan yang dipelajari tetapi saya tak berapa ingat nama-nama spesik bagi ikatan tersebut. Bagi saya menyertai Bulan sabit Merah sebagai kadet mahupun ahli dapat meningkatkan ilmu saya dalam hal kecemasan yang kita jarang berlaku. Sekurang-kurangnya apabila kita menghadapi situasi tersebut kita tidak hanya terpekik terlolong-lolong minta bantuan tanpa melakukan sesuatu pertolongan asas. Mungkin perkara ini boleh berlaku dalam keluarga atau munkin boleh berlaku dalam kalangan sahabat terdekat kita. Oleh itu, bagi saya saya tidak menyesalmenyertai Kadet Bulan sabit Merah kerana ia sesuatu pembelajaran yang penting demi keselamatan dan keselesaan keluarga kita.

No comments:

Post a Comment

PENUTUP

Ini adalah blog saya yang ke 28. Maka inilah pengakhiran bagi blog saya kerana dalam task yang diberikan saya perlu menulis 28 blog. Jadi ba...