Majlis penyerahan bendera ni adalah salah satu majlis yang agak besar di Kolej Keris Mas, UKM. Majlis ini bertujuan untuk merasmikan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) di mana setiap kolej akan menghantar wakil dalam beberapa sukan untuk dipertandingkan.
Antara pertandingan yang akan dipertandingkan ialah hoki, badminton, bola sepak dan sebagainya. Majlis ini juga turut memperkenalkan atlet-atlet SUKEM yang akan dipertandingkan. Majlis ini agak grand kerana VIP yang dijemput jugak agak dikenali. Antara VIP yang hadir ialah pengetua Kolej Keris Mas, Penolong kanan felo Kolej Keris Mas dan VIP yang amat disukai Kolej Keris Mas iaitu Hafiz Hashim, pemain badminto negara yang telah memenangi pingat emas dalam Sukan SEA. Beliau telah menjadi perasmi dan menjadi IKON Kolej Keris Mas bagi SUKEM yang bakal dipertandingkan.
Gimik perasmian bagi majlis ini juga bagi saya agak grand. Disebabkan obor juga merupakan salah satu imej bagi Kolej Keris Mas, maka dalam gimik perasmian terdapatnya obor bagi melambangkan Kolej Keris Mas. Selepas tayangan montaj yang memperkenalkan atlet Kolej Keris Mas dalam setiap pertandingan, lampu di mini stage semua terpadam. Tiba-tiba ada sekumpulan pelajar yang dikenali sebagai Ultras Kolej Keris Mas membawa bendera Jalur Gemilang dan obor yang menyala untuk diserahkan kepada perasmi. Persmi membawa obor naik ke pentas dan meletakkan di atas stand dan turut menaikkan bendera jalur gemilang.
Selepas majlis tersebut semua VIP dijemput makan di bilik bankuasi. Salah seorang sahabat saya telah menjadi usher utama untuk Hafiz Hashim. Dia berasa berpuas hati menjadi usher utama bagi Hafiz Hashim kerana Hafiz Hashim sangat baik dan tidak cerewet. Beliau juga amat peramah sehingga kawan saya tidak berasa kekok untuk mengiringi beliau.
Semoga terus berjaya dalam sukan badminton Hafiz Hashim dan terus mengharumkan nama negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENUTUP
Ini adalah blog saya yang ke 28. Maka inilah pengakhiran bagi blog saya kerana dalam task yang diberikan saya perlu menulis 28 blog. Jadi ba...
-
Kain Anduh adalah salah satu perkara asas yang perlu ada dalam setiap ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Bukan setakat perlu ada sahaja malah ...
-
Haa... ingat senang ke nak dapat kadet Bulan Sabit Merah di UKM ni. Susah taw.. Banyak step yang kene hadap. Okay lets me explain. Pada 30...
-
Bila sebut pasal kawad kaki ni banyak kenangan yang saya pernah lalui. Kenapa wujudnya kawad dalam sesuatu persatuan? Kawad diwujudkan bagi ...
No comments:
Post a Comment