Haa... ingat senang ke nak dapat kadet Bulan Sabit Merah di UKM ni. Susah taw.. Banyak step yang kene hadap.
Okay lets me explain. Pada 30 September 2017 telah berlangsungnya hari pemilihan bagi Kadet Bulan Sabit Merah. Pada hari tersebut, semua mahasiswa yang ingin menjadi kadet perlu berkumpul di Stadium Sukan depan Kolej Rahim Kajai. Semua kolej telah berkumpul di situ termasuk la Kolej Pendeta Zaaba yang jauh di pelusuk dunia UKM π
π
π
.Kami diarahkan berkumpul pada pukul 8 pagi bagi sesi pendaftaran dan taklimat mengenai hari tersebut. Agak ramai jugak dan apa yang saya dapat pada permulaan hari permilihan ni mestilah dapat mengenali rakan baru dari pelbagai kolej. Saya juga dapat bertemu dengan sahabat saya semasa kami di sekolah menengah dulu. Tak sangka dia pon di UKM juga.
Kami diberi kepada tiga slot pada hari tersebut. Slot pertama merupakan ujian fizikal yang perlu dilepasi untuk ke peringkat seterusnya. Ujian fizikal ini telah diberi kepada empat stesen dan peserta perlu memenuhi kelima lima stesen ini dalam masa yang ditetapkan. Stesen pertama merupakn tekan tubi. Pergh...ini memang parah sebab saya memang dah lama tak buat tekan tubi ni. Last yang saya ingat saya buat adalah pada tingkatan 4 sebab ada ujian SEGAK. Tu pon sebab nak dapat markah bagi subjek Pendidikan Jasmani. Bilangan tekan tubi adalah berbeza memngikut jantina. Bagi perempuan perlu menyelesaikan tekan tubi sebanyak 15 kali manakla lelaki perlu menyelesaikan tekan tubi sebanyak 20 kali. And Alhamdulillah saya lepasππ. Next stesen pula kami perlu melakukan ujian yang dinamakan mengangkut mangsa . Kami perlu mencari pasangan untuk melakukan ujian ini. Antara cara mengangkut mangsa adalah Piggyback. Bagi saya ni agak berat la sebab kalau kita dapat pasangan yang berat memang tabah la nak mengankut. Ujian ni bukan sahaja perlu mengangkut tetapi perlu berjalan ulang alik sepanjang 100 meter dalam masa lima belas minit.Pergh... memang rasa nak patah la belakg saya ni.πππ. Tapi takpe saya lepas jugak. Stesen ketiga pulak adalah lompat bintang sebanyak 20 kali bagi perempuan dan 30 kali bagi lelaki. Tapi bagi saya, lompang adalah ujian yang agak ringan la sebab dah biasa lompat bintang masa kat matrik dulu. Sebab nak kurus la katakan tapi macam tu jugak berat badanya. Dan stesen terakhir sekali adalah paling berat bagi saya iaitu lari satu trek di stadium sebanyak 5 pusingan. Pergh dala tak makan pagi lepas tu kene lari pulak tu. Tabah.. tabah... Dan yang paling sadisnya saya perlu selesaikan dalam masa 20 minit. Nampak masa tu lama kan tapi hakikatnya tabah la nak lari satu stadium tu sampai 5 pusingan. And lepas menanti selama 30 minit saya tersenarai pendek untuk peserta yang terlepas dalam ujian fizikal. TAHNIAH!!
Next slot adalah ujian bertulis yang perlu dijawab dalam masa 1 Jam. Ujian ini mempunyai 25 soalan tuk dijawab da semuanya adalah objektif. Ujian ini berunsurkan tentang pengetahuan anda mengenai Bulan Sabit Merah Daerah UKM dan pengetahuan tentang asas pertolongan cemas.Haa ni agak mencabar jugak la sebab dia ada tanya mengenai sejarah Bulan Sabit Merah Daerah UKM ni. Tapi saya tak berminat nak bercakap panjang sebab biasalah test je.
And slot yang terakhir adalah sesi temuduga. Ohmaigodd ni paling seram sikit sebab level confidence saya memang sangat rendah. Tahap yang bawah sekali. Tapi saya kuatkan semangat and bersyukur la sebab dapat panel yang agak baik and sporting. Bila masuk je dia cakap just chill je. huuh nasib baik taw. So soalan yang ditanya cam biasalah pengenalan diri bagai semua pastu kenapa pilih BSMM pastu kalau ada kesempitan waktu boleh ke bagi comitment.. soalan common la..so saya cuma rilek je laa. sahabat saya yang baru jugak la kenal, dia cerita dia dapat panel agak garang dan serius. panel ni adalah bekas polis di Wisma Aman so dia agak strict sikit laa.. So after tamat semua slot kami dibenarkan balik dan saya sambung pula ke KS2KM untuk bagi support kepada ahli rumah sukan saya.
Selepas beberapa hari, keputusan bagi Kadet Bulan sabit Merah pun keluar and I GOT IT!!.
In Sya Allah, i will try hard to be a good Kadet Bulan Sabit Merah Daerah UKM.ππ
Sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENUTUP
Ini adalah blog saya yang ke 28. Maka inilah pengakhiran bagi blog saya kerana dalam task yang diberikan saya perlu menulis 28 blog. Jadi ba...
-
Kain Anduh adalah salah satu perkara asas yang perlu ada dalam setiap ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Bukan setakat perlu ada sahaja malah ...
-
Haa... ingat senang ke nak dapat kadet Bulan Sabit Merah di UKM ni. Susah taw.. Banyak step yang kene hadap. Okay lets me explain. Pada 30...
-
Bila sebut pasal kawad kaki ni banyak kenangan yang saya pernah lalui. Kenapa wujudnya kawad dalam sesuatu persatuan? Kawad diwujudkan bagi ...
No comments:
Post a Comment