Saturday, 2 December 2017

KAWAN SAYA AINA IZATY

Aina Izaty adalah antara sahabat yang saya kenal pada permulaan hidup saya di UKM. Detik permulaan perkenalan kami bermula apabila dia menegur saya di tangga kolej. Pada ketika itu saya baru bangun tidur dan hendak ke tandas. Dia kelihatan seperti kebingungan dan terpinga-pinga. Saya tertanya-tanya tapi mungkin saya agak mamai jadi saya hanya senyum kepadanya. Tiba-tiba dia memegang pergelangan saya dan itu membuat saya sedikit tersentak. Dengan muka yang agak kesian dia bertanya kepada saya, "Awak macam mana nak guna mesin basuh kat aras tiga tu?". Saya hanya mampu senyum dan menahan gelak. Rupanya itulah yang bermain di fikirannya. Jadi saya membantu dia menggunakan mesin basuh tersebut kerana pengalaman semasa tinggal di matrik dulu membuat saya agak mahir dalam menggunakan mesin basuh telan duit ni. Dan sejak dari itu setiap kali saya terserempak dengan dia, saya akan memanggilnya Aina mesin basuh kerana saya agaka sukar mengecam orang.Tapi kami tidak rapat lagi ketika itu.

Perkenalan kedua kami bermula dengan kerja kursus akaun. Setiap kumpulan perlu mencari kumpulan yang sama dalam kelas bagi membuat hubungan rakan niaga dalam laporan perakaunan. Kumpulan saya kekurangan satu rakan niaga jadi mencari kumpulan di ifolio dan menjumpai salah sebuah rakan niaga yang sedang mencari rakan kongsi. Nama yang tertera adalah izaty jadi saya telah menghantar mesej untuk menjadi rakan kongsi kumpulan mereka dan mereka bersetuju. Keesokan harinya kami terserempak di surau FEP dan bercerita mengenai rakan niaga dan tak disangka rakan niaga yang saya bersetuju malam tadi adalah kumpulan Aina. Sungguh tak disangka. Ajaibkan jodoh pertemuan kami.

Sejak hari itu, kami sentiasa bertanya khabar dan saling meluah rasa isi hati. Dan rupanya kami jiran bilik.  Jadi apabila terdapat gosip terbaru kami mula bertandang untuk bercerita tentang gosip-gosip di kolej dan UKM ni. Ikatan yang rapat ini menybabkan saya rasa tidak sunyi lagi untuk berada di UKM. Berada dengan kawan disekeliling membuat diri saya diperlukan sentiasa dan rasa dihargai.

No comments:

Post a Comment

PENUTUP

Ini adalah blog saya yang ke 28. Maka inilah pengakhiran bagi blog saya kerana dalam task yang diberikan saya perlu menulis 28 blog. Jadi ba...