Friday, 27 October 2017

HISTERIA PART 2

Kisah yang pertama adalah kisah yang memang pertama kali berlaku pada saya. Untuk part 2 ni lebih mengisahkan tentang histeria yang agak teruk yang pernah berlaku di asrama ini. Banyak sebenarnya kisah yang terdapat tapi tak lah thriller sangat, jadi tak seronok nak bercerita.

Kejadian ini berlaku sewaktu umur saya 14 tahun iaitu ketika saya di tingkatan 2. Kisah ini berlaku sehingga mengambil masa 2 hari tak silap saya. Kisah ini bermula apabila kakak senior, Sinar(bukan nama sebenar) yang mungkin mengamalkan sesuatu ilmu atau saka yang turun kepada dia. Sinar ini memang selalu kene histeria. tapi taklah seteruk ini. Kejadian berlaku pada waktu sebelum asar. Pada waktu ini kami semua kebanyakannya ada kelas tambahan termasuk saya. Jadi apabila waktu asar kami solat berjemaah di musolla. Ketika kami masuk musolla kami terlihat beberapa Barisan Pimpinan Pelajar (BPP) sedang melayan Sinar ni berborak. Dia ketawa mengilai-ngilai. Kami agak pelik la sebab Sinar ni tiada kawan dan suka bersendirian. Jadi kami fikir mungkin dia nak luah perasaan kot.

Selepas solat asar kami meneruskan aktiviti kami seperi rutin pelajar asrama lain. Ada yang bersukan, ada yang menonton televisyen, mandi, basuh baju, pergi makan malam dan sebagainya. Tetiba kami mendapat pengumuman untuk turun awal pada hari itu. Kami agak pelik tapi kami turun je lah dan diarahkan untuk beratur di court depan asrama. Kemudian BPP telah memberi dua bahagian iaitu siapa nak solat di musolla dan siapa yang nak solat di asrama. Pada mulanya saya memilih untuk solat di bilik sakit di asrama tetapi saya ubah fikiran untuk menyertai pelajar yang solat di musolla. BPP turut memesan kami yang kuat semngat sahaja yang boleh solat di musolla. Jadi saya gagahkan diri untuk menjadi kuat semangat. Tiba-tiba kami terdengar suara ngilaian wanita di dalam musolla. Ketika itu kami masih dia court asrama. Kuatnya suara dia. Waktu itu magrib bakal masuk. Apabila azan je suara tersebut hilang. Saya dan beberapa orang kawan saya pergi solat di musolla. Kami perlu masuk di pintu utama muslla di bahagian lelaki kerana pintu perempuan terpaksa ditutup. Pelajar lelaki solat di depan asrama mereka di mana bersebelahan dengan musolla kami.

Jejak je kaki di musolla saya terlihat seorang perempuan yang dibalut dengan kain batik sedang terbaring di sudut musolla. Perempuan tersebut kelihatan seperti tidur je. Tetapi apabila kami mula solat kami melihat dia menjerit untuk dilepaskan. Tiba-Tiba kmi terdengar suara jeritan pelajar -pelajar perempuan dan berlari. Rupanya Sinar ini mengejar pelajar perempuan yang agak terlambat untuk masuk saf. Katanya dia terlepas dari kain batik yang telah mengikat dia.Dia turut berlari di hadapan kami solat dengan pantas. Mengikut cerita pelajar yang dikejar, Sinar mengejar mereka sehingga pintu pagar musolla dengan mata yang merah. Agak teruk la histeria dia. Malam itu jugak dia telah dihantar pulang ke rumah untuk diubati. Rupa-rupanya kejadian histeria ini berlaku akibat pertembungan antara dia punya ikutan dengan jin yang memang di dalam asrama kami. Jadi sinar ni la menjadi tempat mereka bergaduh. Itulah kisah histeria yang agak kuat dan bagi saya amat seram la.



HISTERIA PART 1

Haa... cerita mengenai histeria ni kan selalunya pelajar asrama mesti pernah rasa banyak kes..
Apa itu histeria eh? Histeria adalah satu fenomena di mana seseorang telak dirasuk oleh satu makhluk yang dikenali sebagai jin. Motifnya adalah berbeza-beza. Antaranya, balas dendam, mendapat arahan untuk dihantar, ada juga yang suka2.

Jin ni makhluk yang kita telah dihijabkan dari pandangan mata kita. Kalau nampak depan mata belum tentu kita boleh bangun dari pengsan oleh sebab mukanya yang Allahu buruk yang teramat. Tak dapat dibayangkan muka mereka bagaimana.

Pertama kali saya duduk di asrama adalah pada tahun 2011 di mana pada ketika itu saya berada di tingkatan satu. Saya bersekolah di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Salak Tinggi. Kami tinggal di dalam dorm yang agak besar yang menempatkan hampir 20 orang pelajar. Ramai kan? Tapi yang menariknya, bila kita duduk ramai-ramai, Ikatan ukhuwah itu kuat walaupun jarak umur kami adalah 5 tahun. Kami tetap dilayan seperti adik kecil dan sahabat mereka.

Kakak-kakak senior adalah bercerita tentang histeria yang selalu berlaku di sekolah kami ni sebab sekolah kami ni agak keras sebab dalam hutan and atas bukit. Sebelah asrama perempuan adalah kawasan perkuburan yang dikendalikan oleh Masjid Salahuddin yang terletak bersebelahan dengan sekolah kami. Seram kan?.

Antara cerita yang sering diceritakan adalah orang minyak, pocong, pontianak dan sebagainya.seram tapi saya ingatkan ini adalah mitos la sebab tak pernah jadi depan mata. Pada suatu hari, waktu tu waktu maghrib dan kami sedang solat bejemaah di musolla. Menjadi rutin harian kami sebagai pelajar asrama untuk solat di musolla secara berjemaah pada setiap lima waktu. Sekolah agama kan mestilah mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah. Sedang kami solat berjemaah tiba-tiba dengar ada pelajar menjerit di dalam musolla. Suara jeritan pelajar perempuan. Tapi kami teruskan solat kami sehingga selesai baca doa. Selepas memberi salam yang kedua pada rakaat terakhir, semua pelajar perempuan pusing kepala ke balakang untuk melihat apa yang berlaku seketika tadi. Kami terlihat ada seorang pelajar sedang berbaring di atas riba salah seorang Barisan Pimpinan Pelajar. Kami kelihatan aneh la terutamanya pelajar tingkatan 1 yang masih baru di alam asrama ni. Saya terdengar kakak senior sebelah saya berbisik dan mereka syak ini mesti kes histeria.

Pada mulanya saya agak seram tapi perasaan ingin tahu tu menarik perhatian saya. Jadi saya dan beberapa kawan saya bangun untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh beberapa Barisan Pimpinan Pelajar. Mereka arahkan kami untuk duduk dan baca ayat kursi untuk perlindungan diri. Pada kebiasaannya kami akan mendengar tazkirah pendek sebelum bersurai ke kelas prep di sekolah tetapi pada hari tersebut ia dibatalkan. Kami diarahkan untuk ke kelas dengan secepat mungkin dalam barisan. Rupa-rupanya, Terdapat beberapa orang jugak terkena histeria ini. Ini bermaksud histeria ini adalah histeria berjangkit. Kakak yang pengsan sewaktu solat maghrib itu dikawal oleh ketua jin. Manakala yang selebihnya adalah konco-konco mereka. Ada juga yang menyatakan bahawa ketua itu adalah pontianak yang mencari anaknya di musolla ini. Sebab itu dia kacau kami. Tapi agak seram jugak kerana mendengar dia ketawa mengilai-ngilai seperti mengejek seorang abang senior yang sedang membca ayat pada dirinya.

Kami ingatkan histeria ini hanya terjadi di musolla. Tapi ia turut berjangkit ketika kami sedang mengadakan kelas prep malam di sekolah. Ini berlaku di depan mata saya kerana yang terkena adalah kawan sekelas saya. Kawan saya diberi nama Dayana(bukan nama sebenar) sebenarnya sedang mengalami homesick kerana dia berjauhan dengan parents dia. Jadi emosi dia agak tidak stabil la untuk berada dalam situasi seperti ini. Saya agaka rapat jugak dengan Dayana ni kerana tempatnya adalah di depan meja saya. pada ketika saya mendekati dia kerana dia menekup mukanya di atas meja. Saya ingatkan dia menangis jadi saya nak pujuk dia. Apabila saya letakkan tangan dia di atas bahunya dia mengangkat mukanya dan memberi jelingan maut kepada saya. saya berasa seram tapi saya bertanya kepada saya bahawa dia okay ke tidak tapi dia tak memberi respon dan hanya memberi senyuman sinin kepada saya. Saya berasa seram la jadi saya ambil keputusan untuk menjuhi diri daripada dia. Kemudian dia betulkan tempat duduk dia dan duduk dengan merenung setiap pelajar di dalam kelas tesebut. Maka ketua kelas saya bertanggungjawab untuk situasi dan memaggil seorang Barisan Pimpinan Pelajar untuk melihat keadaan ini. Bila dia diberi air bacaan alfatihah dia terus nangis. Kemudian dia dibawa ke bilik sakit di mana menempatkan beberapa pelajar yang turut terkena jangkitan histeria di sekolah.

Kemudian kami dibenarkan pulang awal ke musolla dan solat isya' secara berjemaah. Ketika itu pelajar yang terkena histeria pada permulaan telah dibawa ke darul syifa. Selepas solat kami diarahkan untuk duduk di musolla sehingga pukul 12.30 malam kerana ustaz sedang mendinding asrama kami. Apabila kami dibenarkan naik kami diarahkan untuk membaca 3 kul dan ayat kursi sebelum tidur dan terus tidur. Kami tak dibenarkan berlegar-legar di kawasan asrama. Itulah kali pertama saya dikejutkan dengan kejadian histeria.

Tuesday, 10 October 2017

HOMESICK

HOMESICK

Perkara yang tidak asing lagi dalam kamus seorang pelajar yang berjauhan dari parents. Siapa je yang tak pernah rasa HOMESICK ni terutama yang memang home buddies ni. Saya lah salah seorangnya. 

Apa yang dimaksudkan dengan HOMESICK ni ye??. HOMESICK bermaksud perasaan yang lahir dari hati untuk merindui suasana di rumah. Even personaliti dia bukan lah seorang yang manja atau anak bongsu atau anak kesayangan tetap akan ada perasaan ni.

Okay apa yang nak diceritakan dengan homesick. Korang mesti tak percaya yang saya HOMESICK, sebab majoriti yang kenal saya pon tak percaya. Saya mrupakan anak sulong dalam sebuah kelurga yang agak sederhana, mempunyai empat orang adik beradik iaitu 2 perempuan 2 lelaki. Kami adik beradik ni bukan la macam adik beradik yang lain yang saling menyayangi, ambil berat atau sebagainya. Rutin hidup kami sebagai adik beradik adalah bergaduh. Saya kuat bergaduh ngan adik saya yang ketiga iaitu lelaki. Nama diberi Zulkarnain. Saya bergaduh pon remeh je macam suruh buat kerja tapi taknak buat anad endingnya kami bergaduh. Tapi bila kami dipisahkan bilaman saya telah ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Melaka, Kami saling merindui..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Nak tahu sebab apa?. Sebab kami rindu nak bertingkah mulut , nak cemburu buat kerja lebih, nak ejek antara satu sama lain. Sehingga kan dia mesti akan call saya setiap minggu tanya "kakak balik tak minggu ni?. Rindulah..". Nampak betul rindu sangat tu. Tai nak buat camne belajar tetap belajar. And bilamana saya ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia ni saya pulak yang rindu pertanyaan dia setiap kali saya kat matrik. Nanti saya cerita kenapa..Tapi tula bak kata bak kata orang tua:
Kadang-kadang bila dekat ada sahaja kesalahan yang dicari tapi bila berjauhan timbul la rasa kerinduan tu..

Adik saya yang perempuan tu pon saya suka gaduh. Ni lagi hebat la macam kat tempat gusti WWE dah samapaikan rambut ditarik, baju sampai terkoyak sebab kan bergaduh benda remeh temeh. Tapi bila dah dewasa sikit ni kami agak jarang bergaduh la sebab dah besar. Kini kami sering membela sesama sendiri terutama bila kami bergaduh ngan adik lelaki kami yang ketiga tu.. Rapat kami ni macam belangkas la jugak and orang selalu tersilap pandang bahawa saya adik dan dia kakak. Sebabnya dia lagi tinggi dari saya. Tinggi gila yang pasti. Kami sering jugak luah perasaan sebab sama-sama perempuan. Sebabtu bila saya takde je kat rumah dia agak sunyi dia kata. Tapi bila saya ditawarkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia ni dia tak kisah sangat. Dia cam okay jelah. Maybe sebab saya selalu balik kot.

Haa mesti korang pelikkan kenapa aku jarang cerita adik saya yang keempat tu. Sebabnya jurang umur kami agak berbeza sedikit. Kami semua dah matang tapi dia baru di peringkat sekolah rendah jadi dia lebih kepada ibu dan bapa saya. Lagi satu dia agak manja jadi tak syok nak gaduh-gaduh ni.

Tapi sejak saya menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia ni, perasaan HOMESICK saya menjadi-jadi. Sehinggakan saya menangis setiap malam sebabkan HOMESICK ni. Kenapa eh?. Sebab jauh ke ye? Tapi matrik saya dulu lagi jauh daripada UKM ni. UKM ni dalam 15 minit je la dalam perjalanan ke rumah saya. Tak jauh sangat pun kan?. Ada satu malam sabtu tu saya call mak saya pukul 11 malam cakap saya nak balik rumah sambil menangis. Nasib baik lah ayah saya boleh ambilkan. Mungkin sebab perasaan manja tu timbul sebab rumah dekat agaknya. Tapi takpe saya tengah pulihkan perasaan HOMESICK ni. Saya taknak manjakan diri sangat sebabtu saya timbunkan kerja yang agak banyak. Dan Alhamdulillah semakin pulih walaupun masih berbaki lagi.


Oleh itu hargailah detik-detik manis di rumah sahabatku sekalian.

sekian sahaja coretan saya.



Sunday, 8 October 2017

KADET BULAN SABIT MERAH DAERAH UKM

Haa... ingat senang ke nak dapat kadet Bulan Sabit Merah di UKM ni. Susah taw.. Banyak step yang kene hadap.

Okay lets me explain. Pada 30 September 2017 telah berlangsungnya hari pemilihan bagi Kadet Bulan Sabit Merah. Pada hari tersebut, semua mahasiswa yang ingin menjadi kadet perlu berkumpul di Stadium Sukan depan Kolej Rahim Kajai. Semua kolej telah berkumpul di situ termasuk la Kolej Pendeta Zaaba yang jauh di pelusuk dunia UKM πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….Kami diarahkan berkumpul pada pukul 8 pagi bagi sesi pendaftaran dan taklimat mengenai hari tersebut. Agak ramai jugak dan apa yang saya dapat pada permulaan hari permilihan ni mestilah dapat mengenali rakan baru dari pelbagai kolej. Saya juga dapat bertemu dengan sahabat saya semasa kami di sekolah menengah dulu. Tak sangka dia pon di UKM juga.

Kami diberi kepada tiga slot pada hari tersebut. Slot pertama merupakan ujian fizikal yang perlu dilepasi untuk ke peringkat seterusnya. Ujian fizikal ini telah diberi kepada empat stesen dan peserta perlu memenuhi kelima lima stesen ini dalam masa yang ditetapkan. Stesen pertama merupakn tekan tubi. Pergh...ini memang parah sebab saya memang dah lama tak buat tekan tubi ni. Last yang saya ingat saya buat adalah pada tingkatan 4 sebab ada ujian SEGAK. Tu pon sebab nak dapat markah bagi subjek Pendidikan Jasmani. Bilangan tekan tubi adalah berbeza memngikut jantina. Bagi perempuan perlu menyelesaikan tekan tubi sebanyak 15 kali manakla lelaki perlu menyelesaikan tekan tubi sebanyak 20 kali. And Alhamdulillah saya lepasπŸ˜„πŸ˜„. Next stesen pula kami perlu melakukan ujian yang dinamakan mengangkut mangsa . Kami perlu mencari pasangan untuk melakukan ujian ini. Antara cara mengangkut mangsa adalah Piggyback. Bagi saya ni agak berat la sebab kalau kita dapat pasangan yang berat memang  tabah la nak mengankut. Ujian ni bukan sahaja perlu mengangkut tetapi perlu berjalan ulang alik sepanjang 100 meter dalam masa lima belas minit.Pergh... memang rasa nak patah la belakg saya ni.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tapi takpe saya lepas jugak. Stesen ketiga pulak adalah lompat bintang sebanyak 20 kali bagi perempuan dan 30 kali bagi lelaki. Tapi bagi saya, lompang adalah ujian yang agak ringan la sebab dah biasa lompat bintang masa kat matrik dulu. Sebab nak kurus la katakan tapi macam tu jugak berat badanya. Dan stesen terakhir sekali adalah paling berat bagi saya iaitu lari satu trek di stadium sebanyak 5 pusingan. Pergh dala tak makan pagi lepas tu kene lari pulak tu. Tabah.. tabah... Dan yang paling sadisnya saya perlu selesaikan dalam masa 20 minit. Nampak masa tu lama kan tapi hakikatnya tabah la nak lari satu stadium tu sampai 5 pusingan. And lepas menanti selama 30 minit saya tersenarai pendek untuk peserta yang terlepas dalam ujian fizikal. TAHNIAH!!

Next slot adalah ujian bertulis yang perlu dijawab dalam masa 1 Jam. Ujian ini mempunyai 25 soalan tuk dijawab da semuanya adalah objektif. Ujian ini berunsurkan tentang pengetahuan anda mengenai Bulan Sabit Merah Daerah UKM dan pengetahuan tentang asas pertolongan cemas.Haa ni agak mencabar jugak la sebab dia ada tanya mengenai sejarah Bulan Sabit Merah Daerah UKM ni. Tapi saya tak berminat nak bercakap panjang sebab biasalah test je.

And slot yang terakhir adalah sesi temuduga. Ohmaigodd ni paling seram sikit sebab level confidence saya memang sangat rendah. Tahap yang bawah sekali. Tapi saya kuatkan semangat and bersyukur la sebab dapat panel yang agak baik and sporting. Bila masuk je dia cakap just chill je. huuh nasib baik taw. So soalan yang ditanya cam biasalah pengenalan diri bagai semua pastu kenapa pilih BSMM pastu kalau ada kesempitan waktu boleh ke bagi comitment.. soalan common la..so saya cuma rilek je laa. sahabat saya yang baru jugak la kenal, dia cerita dia dapat panel agak garang dan serius. panel ni adalah bekas polis di Wisma Aman so dia agak strict sikit laa.. So after tamat semua slot kami dibenarkan balik dan saya sambung pula ke KS2KM untuk bagi support kepada ahli rumah sukan saya.

Selepas beberapa hari, keputusan bagi Kadet Bulan sabit Merah pun keluar and I GOT IT!!.

In Sya Allah, i will try hard to be a good Kadet Bulan Sabit Merah Daerah UKM.πŸ™ˆπŸ™ˆ



Sekian 


KS2KM

Apa pulak ni kan?

Karnival Sukan Kolej Keris Mas sesi 2017/2018 yang dianjurkan oleh sekteriat sukan Kolej Keris Mas.
hmm... apa yang menarik eh tentang program ni?. dah nama pun sukan kan mestilah berkaitan dengan sukan. Aktiviti sukan ini banyak manfaatnya. antaranya mampu mengerat silaturarahim antar semua pelajar tetapi karnival ni hanya untuk pelajar tahun 1 dan beberapa fasilitator yang menjaga kami semasa Program Minggu Mesra Mahasiswa.

Dalam Karnival sukan ni saya merupakan ahli rumah hijau atau nama lainnya adalah Slytherin yang mewakili logo ular. Seram kan?. Dalam sukan ni terdapat 4 rumah sukan iaitu hijau, merah, kuning dan biru. Tetapi ahli rumah hijau ni sedikit je bilanganya. hanya 148 orang sahaja.

Saya telah memasuki acara bola jaring perempuan bagi mewakili rumah sukan saya dan apa yang mengejutkan ada acara bola jaring lelaki?!!. seriously saya tak pernah dengar tapi itulah kelebihan Karnival Sukan ini. Tapi jangan pandang sebelah mata kerana rumah hijau telah pon menjuarai bola jaring dalam acara bola jaring lelaki. Hebat bukan?. padahal dorang tak pernah berlatih tapi πŸ‘πŸ‘daebak!!. Mlangnya perempuan tapi mampu pergi pon ke acara suku akhir. Mungkin sebab saya takde kot πŸ˜†πŸ˜†. perasan je. Saya terpaksa tarik diri bagi acara bola jaring perempuan kerana bertindan masa dengan hari pemilihan bagi Kadet Bulan Sabit Merah Daerah UKM. Walaupun agak kecewa kerana terpaksa menarik diri tapi saya saya tidak melepaskan peluang untuk memberi sokongan selepas saya pulang dari pemilihan tersebut.

NEVER MIND GUYS! WELL DONE AND GOOD JOB.

Apabila tiba pada majlis kemuncak iaitu penyampaian hadiah bagi setipa rumah hijau, sekali lagi saya terpaksa meninggalkan ahli kumpulan rumah hijau saya dan pergi ke Unit Protokol Kolej Keris Mas. Saya terpaksa menjalankan tugas semasa majlis tersebut kerana terdapat VIP dalam majlis tersebut. Saya ditugaskan untuk menjadi usher red carpet iaitu dengan menyambut VIP semasa VIP sampai ke majlis tersebut. Saya hanya mampu melihat dari jauh sahaja ahli kumpulan saya bersorak melawan soakan dari rumah sukan yang lain.

Pada pengumuman yang dinantikan iaitu Anugerah Olahragawan dan Olagragawati serta Juara keseluruhan, saya berasa berdebar- debar. Kami mengharapkan nasib menyebelahi kami tapi mungkin bukan rezeki kmi kerana kami telah mendapat Tempat Keempat bagi Markah keseluruhan. Juara Keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah kuning Dan turut Olahragawan dan Olahragawati diwakili dari rumah Kuning. Tahniah Rumah Kuning. Bagi pasukan rumah saya 

KEKALAHAN BUKAN MELAMBANGKAN KITA TELAH MENYERAH TETAPI KEKALAHAN MERUPAKAN SATU TITIK PERMULAAN UNTUK KITA BERJAYA.

Bagi saya kemenagan bukan la segalanya tetapi keseronokan dan hasil persahabatan yang terjalin antara kita merupakan satu kejayaan bagi kita. Kita telah mengenali diri antar satu sama lain kerana kita bersama di waktu bersorak, di waktu bermain, di waktu kekalahn, dan di waktu kemenangan. Dan itulah kengan yang amat manis untuk dirasai bersama. Saya harap persahabatan yang terjalin melalui ikatan sukan ini mampu kekal sehingga ke akhirnya.

Sekian...

K2PM

K2PM
haa mesti tertanya tanya kan apa itu K2PM
K2PM mewakili kepada Kursus Perancangan dan Pengaturcaraan Majlis yang dipimpin oleh Unit Protokol Kolej Keris Mas.

Lupa untuk saya perkenalkan. Saya merupakan salah seorang ahli Unit Protokol Kolej Keris Mas. Unit Protokol ini selalunya ditugaskan di kebanyakan majlis kerana setiap majlis pastinya ada majlis formal. Dalam Unit Protokol ni saya bahagian HELA iaitu Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa. Bahagian saya agak berat juga kerana saya akan menguruskan bahagian barisan VIP yang akan hadir pada sesuatu majlis. Jadi kene tabahkan hati la sebab tak semua VIP mampu memberi kerjasama ngan kita.

Okay kita teruskan dengan K2PM ni. Kursus ini bertujuan untuk membimbing dan menerangkan tentang protokol dalam sesebuah majlis. Tak semua majlis kita boleh jalankan dengan kehendak kita. Konsert pon ada tatacara sebuah majlis jugak taw. Antara slot yang terdapat dalam kursus ini ialah;

1. Slot bersama dengan Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas yang bertajuk Kepimpinan Dalam Majlis. Slot ini amatlah membantu para hadirin untuk bersedia dalam memimpin sebuah majlis terutama majlis yang agak besar dan terdapat VVIP yang amat dikenali dan terpengaruh.

2. Slot iStar dan penyediaan kertas kerja yang disampaikan oleh Puan Wan Unit Perhubungan Alumni yang menerangkan tentng keaktifan kita dalam sesebuah organisasi mampu membantu kita dalam waktu pekerjaan.

3. Slot Etika di Meja Makan dan Penyediaaan Surat Rasmi yang diterangkan oleh Encik Saipulnizam yang amat arif dalam perhubungan dengan pihak atasan UKM dan pihak kementeriaan. Slot ini agak menarik kerana kita diperkenalkan dengan pelbagai panggilan berhormat yang amat sesuai dengan gelaran yang terdapat dengan VIP yang akan kita jemput ke seseuatu majlis.

Disebabkan kursus ini diuruskan oleh Unit Protokol Kolej Keris Mas, maka banyak lah tugasan yang saya perlu diselesaikan sebelum dan semasa majlis ini berlangsung. Sebelum kursus ini dilangsungkan saya ditugaskan untuk menjadi HELA iaitu membuat surat jemputan kepada Kolej Pendeta Zaaba dan kepada penceramah iaitu Dato` Dr. Syed Kamaruddin bin Haji Sadak. Agak berat jugak tugas ini kerana saya perlu juga menghantar surat kepada Ketua Eksekutif Kolej Pendeta Zaaba tetapi bagi surat jemputan penceramah telah diambil oleh akak senior dalam unit protokol  dan digantikan dengan surat jemputan kepada Felo Penasihat Unit Protokol Cik Khairun Nabila. Seperti yang saya katakan amat susah berurusan dengan VIP kerana apabila ditanya tentang kehadiran beliau hanya akan mendapat bluetick sahaja. Kesian kan... tapi selepas bersemuka dengan VIP tersebut Alhamdulillah sebenarnya agak mudah untuk berurusan dengan mereka tapi kengkangan masa beliau yang menyebabkan beliau tidak mampu untuk membalas mesej.

Saya juga ditugaskan dibahagian cenderamata . Bahagian ini tidaklah sesukar mana kerana hanya perlu mencari cendermata yang sesuai untuk dijadikan tanda penghargaan kepada VIP yang hadir dalam majlis ini. jadi pengalamannya mencari cenderamata jer..

Dan tugas saya yang terakhir sekali adalah sebagai usher utama kepada VIP. Tugas saya ni bagi saya amat mencabar jugak kerana kita perlu ada sentiasa dengan VIP yang dijaga. Kira macam pengiring la jugak kan?. Tip untuk usher ini perlu senyum dan ramah.

And bila tamat je majlis rasa lega sangat2 sebab tugas kita dah selesai dan paling penting berjalan dengan lancar. Seronok taw handle majlis ini walaupun adalah kucar kacir sikit time permulaan tu. tapi ini merupakan kengan yang paling manis la bagi saya laa. so thanks to you all sebab banyak sangat bantu saya dalam mencari pengalam yang menarik ni.

Dan malam tu kami dipanggil oleh Presiden Unit Protokol untuk membuat pos moterm selepas majlis ni. Tapi saya minta maaf banyak2 sebab saya boleh hadir sekejap je selepas tu saya kene tinggal sebab saya ada hal yang tak boleh dielakkan. Anyway,

CONGRATULATIONS EVERYONE!! WE DID IT!!.

Sekian :)


  Kami dari Unit Protokol Kolej Keris Mas sesi 2017/2018

PENUTUP

Ini adalah blog saya yang ke 28. Maka inilah pengakhiran bagi blog saya kerana dalam task yang diberikan saya perlu menulis 28 blog. Jadi ba...