Monday, 11 December 2017

PENUTUP

Ini adalah blog saya yang ke 28. Maka inilah pengakhiran bagi blog saya kerana dalam task yang diberikan saya perlu menulis 28 blog. Jadi bagi pengakhiran ini saya tidak mahu bercerita tetapi saya akan membuat kesimpulan dan harapan saya selepas ini.

Alhamdulillah apabila dah menjejak ke minggu ke 14 ini, maka telah tamatlah semester satu saya di UKM. Sekejap sahaja masa berlalu. Rasa seperti semalam sahaja saya menjejakkan kaki di UKM sebagai mahasiswi. Banyak pengalaman pahit dan manis yang berlaku di UKM ini sepanjang semester satu. Yang manis saya simpan sebagai kenangan yang paling bermakna manakala yang pahit saya jadikan pedoman dan pengajaran buat masa akan datang. 

Penulisan blog ini adalah di bawah Aplikasi Komputer. Dalam Aplikasi Komputer, kami belajar penggunaan software dalam komputer seperti Microsoft Word, Excel, Access dan sebagainya. Selain itu kami juga mempelajari HTML dan penggunaan Blogger juga. Saya tidak pernah menulis dalam blog kerana tidak brminat dalam penulisan. Tetapi selepas Dr. Zaleha memberi blog sebagai task dalam Aplikasi Komputer, jadi saya terpaksa la membuatnya. Pada mulanya saya merasakan ia seperti paksaan tetapi lama kelamaan ia menjadi satu hobi buat saya kerana saya menjadi blogger ini sebagai diary aktiviti saya. Amat seronok membuat penulisan dalam blogger ini walaupun adakalanya muncul perasaan malas itu tetapi ia amat membantu saya dalam penulisan juga.

Bagi saya, dalam semester satu ini saya amat berminat dengan Aplikasi Komputer ini kerana banyak sistem dalam komputer yang tak pernah saya selongkar, saya selongkar semasa kelas Aplikasi Komputer ini. Saya juga amat suka dengan pensyarah yang mengajar kerana Dr.Zaleha mengajar dengan cara yang kami mudah paham. 

Jadi sebagai kesimpulan, banyak yang saya pelajari dalam kelas Aplikasi Komputer dan amat membantu pada masa akan datang. Harapan saya, saya harap saya dapat menguasai dan mengamalkan apa yang saya pelajari di Aplikasi Komputer.

Sunday, 10 December 2017

BAITULMAQDIS MILIK PALESTIN

Dunia telah digempurkan dengan keputusan Donald Trump yang telh mengistiharkan BaitulMaqddis sebagai ibu kota negara Israel. Sedangkan kita semua tahu bahawa BaitulMaqdis adalah milik Palestin, milik kita, milik orang Islam. Tetapi dengan mudah sahaja ia telah jatuh ke atas tangan kaum Yahudi iaitu Israel. di mana kita saudara sesama Islam. Kenapa kita tidak mampu pertahankan? Apa yang kita nak jawab dengan Allah?

Palestin telah lama dijajah oleh kaum Israel. Mereka telah dibom, telah dibunuh dengan kedaan yang mengerikan, telah dilakukan pelbagai perkara yang tidak berperikemanusiaan. Tetapi ajaibnya, mereka masih ada di bumi Gaza walaupun bilangan mereka kecil tetapi mereka berani mempertahankan tanah air mereka. sungguh sedih kerana nasib mereka tak pernah terbela. Satu dunia tahu mereka telah ditindas tetapi tak semua ambil kisah tentang kehidupan mereka di sana. Termasuk lah saudara sesama Islam di Malaysia ini.

Remaja kini telah dihiburkan dengan muzik-muzik yang melaghokan. Remaja di Malaysia sibuk mengejar populariti yang kini menjadi trending pada masa kini. Remaja-remaja di sini sibuk dengan media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan banyak lagi. Dan tanpa kita sedari, penzinaan di kalangan remaja semakin berleluasa, anak luar nikah yang dibunag semakin banyak, hakikatnya anak itu adalah anugerah. Sanggup mereka membuang nyawa yang baru ingin mengenali dunia. Kes buli mnjadi ikutan remaja kini, geng-geng konsi gelap yang semakin berleluasa. Apa kita pernah terfikir bagaimana remaja di Palestin?. Mereka tidak pernah mengenali apa itu media sosial. yang mereka tahu hanyalah Al-Quran sebagai pedoman hidup, mati syahid impian mereka dan semangat mempertahankan tanah air mereka ,tanah milik Islam yang berkobar-kobar.

Kita tak mampu untuk berjuang bersama mereka. Jadi sebagai saudara mereka, kita perlulah sentiasa meletakkan mereka dalam doa. Sentiasa mendoakan mereka. Boikot produk Israel. Mcdonald adalah salah satu produk Israel. Saya berasa sedih kerana sahabat-sahabat saya tidak mampu memboikot Mcdonald hakikatnya mereka tahu setiap peluru yang tebus dalam tubuh penduduk Palestin adalah berpunca dari duit Mcdonald. Tidak kasihan kah kita kepada mereka?. Boikotlah produk Israel sahabat-sahabatku. Ingatlah saudara kita di sana. Janganlah kita adalah salah satu punca kepada kehancuran Islam.

Sedarkah kita bahawa kita berada di penghujung dunia. Tanda-tanda besar kiamat telah keluar sahabat-sahabatku.. Lelaki yang menyerupai perempuan telah ramai dan semakin menjadi viral. Baitulmaqdis sudah jatuh ke tangan Israel. Dan banyak lagi tanda-tanda kiamat yang keluar.

Oleh itu sahabat-sahabatku, bangunlah untuk solat taubat. berdoalah untuk saudara kita di Palestin. Boikotlah jenama Israel.


NOVEL TITIAN CINTA

Novel ini merupakan salah satu novel yang mendapat sambutan antara peminat novel-novel cinta. Jalan cerita yang lain dari yang lain membuat novel ini menjadi menarik. Novel ini telah diadaptasi dalam drama yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Farah Nabila, Tisha Shamsir,  Daler Yusuf dan ramai lagi.

Sinopsis di belakang belakang buku telah menarik hai saya untuk membaca buku ini. Ini adlah sinopsis yang menarik hati saya:

Dulu dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri. Kini setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, Aisy pulang dengan nekad untuk menuntut janji yang pernah yang dilafazkan oleh sang suami. Namun , tatkala bertemu lain pula yang terjadi,

"Tak baik seorang isteri menipu sang suami. Berdosa".-Harris
"Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. saya bukan isteri kepada sesiapa".-Aisy
"Untuk pengetahuan Puan Raudhatul Aisy Hilmi, talak berada di dtas tangan suami. dan seingat akal abang yang waras ini, abang tak pernah ceraikan Aisy."- Harris

Kepulangan aisy memang dinanti oleh Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu dia sanggup menghina isterinya. Kerana gagal mengawal baran, dia telah menyakiti tubuh isterinya. Kini dia ingin menebus segala khilafnya.

"Saya tak cukup baik untuk maafkan awak,Harris. Kembali hidup dengan awak is the last thing I do."- Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladani setiap onar yang sengaja dicipta membuatkan tekad aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan yang ada pada dirinya membuatkan dia berserah kepada ketentuan jodoh oleh Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung kembali berarak datang. Kemunculan Harris seorang lelaki bermata coklat Hazel membuatkan Harris ditambat cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan di hati Aisy?, Akankah bahagia menjadi milik dia?, mampukah titian cinta mereka yang telah retak kembali bercantum?, Atau Rayyan yang menjadi pengganti?.



Novel ini telah meninggalkan pelbagai persoalan yang membuatkan saya sebagai pembaca ingin membaca kisah selanjutnya. Jadi saya telah meminjam novel ini daripada sepupu saya dan memamng betul apa yang saya sangkakan. Kisahnya amat menarik sekali.

Dan apabila ia diadaptasikan dalam drama dengan barisan pelakon yang amat hebat menjadikan cerita ini hebat dan menarik.



Jadi saya amat mengesyorkan sesiapa yang meminati novel membaca novel ini untuk mengisi masa lapang anda atau sebagai penghibur bagi menghilangkan stress.



BERCUTI DI PENANG

Bila sebut saja tentang Pulau Pinang, pasti sudah terbayang-bayang makanan yang menjadi igauan ramai pelancong. Namun begitu, terdapat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi di Pulau Mutiara ini. Ibu negerinya Georgetown juga turut dinobatkan sebagai salah satu antara 16 destinasi pelancongan yang wajib diterokai kerana kekayaan sejarah, keindahan senibina serta budaya yang bergerak seiring bersama.
Sekarang, dah ada lagi banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh semua orang lawati bersama keluarga dan kawan-kawan. Baru-baru ini saya dan kawan-kawan matrik saya telah pergi ke Pulau Pinang untuk menjelajah tempat-tempat yang menarik. Antara tempat yang menarik ialah
BUKIT BENDERA
Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang paling popular adalah Bukit Bendera atau Penang Hill. Percutian ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak ke sini.
Sungguhpun Bukit Bendera adalah tempat tarikan yang telah wujud sejak sekian lama, kini pelbagai penambahan telah dibuat bagi membolehkan lebih banyak aktiviti dapat dilakukan di puncak Bukit Bendera. Naik kereta api ke puncak adalah pengalaman yang cukup menarik. Boleh juga mendaki ke atas melalui Taman Botanikal bagi yang minat aktiviti lasak.
Selain menikmati keindahan Pulau Pinang dari ketinggian 830 meter, Bukit Bendera juga mempunyai banyak spot menarik seperti:
·        Muzium Burung Hantu
·        Dataran Love Locks
·        The Habitat
·        Earthquake & Typhoon Pavilion
·        Little Village
·        Viewing Deck

Saya dan kawansaya hanya menjelajah semua kawasan di bukit bendera tetapi kami tak masuk kerana semuanya perlukan bayaran. Kami hanya pergi dengan niat untuk menjelajah negeri dengan duit yang bajet.

Selain itu Penang Street adalah salah satu tarikan pelancong yang datang ke Penang ini. Seni jalanan di lorong-lorong jalan Georgetown bagaikan khazanah yang tersembunyi di serata kawasan. Hasil karya mereka menggambarkan kelincahan kanak-kanak serta gaya hidup rakyat Pulau Pinang yang menjadi tradisi hingga kini. Selain lukisan, Georgetown juga menawarkan seni batang besi “steel rod art’ yang menceritakan tentang sejarah Pulau Pinang. Di sana kami diberi map untuk mencari Art yang terdapat di dinding-dinding. Memamng beratur jugak untuk bergambar dengan Art yang terdapat di Penang street. Selain itu, terdapat aktiviti berbasikal di kawasan Penang street ini.

Pantai cherating juga merupakan salah satu tempat wajib untuk singgah. Rugi jika tidak singgah ke pantai ini terutamanya pada waktu malam kerana pada waktu malam pantai ini lebih meriah. Disebabkan saya amat suka udara di pantai pada waktu malam jadi saya keluar pada waktu malam untuk mnghirup udara malam. Memamng tenang. Di situ juga terdapat pasar malam yang memang buka sehinnga lewat malam dan syurga makanan juga terdapat di situ.

Selain itu, Penang memang terkenal dengan pelbagai makanan seperti Pasembor, Laksa Penang, Nasi Kandar dan sebagainya. Jadi bagi saya memang saya amat enjoy dengan percutian di Penang.

Saturday, 2 December 2017

MAMA AWARDS

MAMA adalah alah satu majlis penganugerahan untuk artis-artis KPOP di Korea Selatan. MAMA mewakili kepada Mnet Asian Music Awards. Majlis ini adalah salah satu majlis penganugerahan yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat KPOP di seluruh dunia. MAMA adalah majlis yang amat besar dan antara tiket yang mahal untuk memasuki.

MAMA terbahagi kepada tiga bahagian iaitu MAMA Preview, MAMA Units, MAMA Awards dan ketiga-tiga majlis ini dijalankan di tempat yang berbeza. Bagi MAMA Preview, ia dijalankan di Vietnam dan tiketnya adalah terhad. Majlis ini dilakukan untuk memperkenalkan MAMA serta memperkenalkan artis yang berada dalam senarai pemenang. MAMA Units dilakukan di Tokyo dan tiket ini tidaklah terhad tetapi tetap ramai. MAMA Units ini dijalankan bagi menyampaikan beberapa awards yang tidak akan disampaikan di MAMA Awards. Antara anugerah yang disampaikan ialah Best Asian Style Awards, Best Choice Artist Awards dan sebagainya. Akhir sekali, MAMA Awards bertempat di Hong Kong, China. Ini adalah penganugerahan yang paling besar bagi artis KPOP.

Tetapi tahun ini MAMA dikecam dengan teruk sekali kerana ketidakadilan dalam penyampaian anugerah. Semua awards yang diundi semuanya keputusan berbeza. Kebanyakan awards yang sepatutnya artis tersebut dapat diberi kepada orang lain. Apa yang peliknya, keputusan MAMA adalah 100% adalah berdasarkan undian. Saya adalah antara pengundi bagi MAMA ini dan ya saya akui bahawa terdapat banyak perkara songsang dalam penyampaian anugerah. Sebagai contoh, Best OST Song sepatutnya Stay With Me yang mendapat banyak undian sehingga perbezaan lagu ni dengan lagu yang mendapat tempat kedua dalam undian amat jauh berbeza dan jauh kebelakang. Tetapi yang menang adalah lagu yang mendapat undian keempat dan ini membuatkan banyak fans seluruh negara marah kerana apa yang mereka undi amatlah berbeza keputusanya. Bagi fans yang datang ke MAMA Awards semuanya menyesal dan ada beberapa fans yang balik awal sehingga tempat banyak kosong. Kebanyakan yang datang ke MAMA adalah fanclub bagi kumpulan EXO dan amat mengejutkan EXO tak menang semua kategori yang disenaraikan dan hanya menang DAESANG AWARDS bagi Album of The Year. Hakikatnya mereka amat banyak mendapat undian dalam kategori dan menjadi yang teratas dalam carta undian.

Oleh sebab MAMA mendapat banyak kecaman maka banyak fans yang membuat aduan dan membantah MAMA dibuat lagi pada tahun depan dan tahun-tahun akan datang. Rupanya pada tahun sebelum pun terjadi juga tetapi tak kelihatan sangat kerana ada juga artis yang popular yang menang. Tetapi tahun ini semakin menjadi-jadi ketidakadilan yang berlaku.Oleh itu, MAMA Awards tidak dibenarkan untuk membuat majlis penganugerahan kerana aduan yang telah dibuat oleh peminat-peminat seluruh negara.

UNIT PROTOKOL

Unit Protokol adalah salah satu kelab yang saya sertai di Kolej Keris Mas, UKM. Saya memilih Unit Protokol kerana saya rasa banyak perkara yang boleh saya pelajari dalam sesuatu majlis. Sebenarnya Kolej Keris Mas banyak menyediakan kelab seperti kelab kebudayaan yang dikenali Lantera Mas, Kelab Akademik dan banyak lagi.

Protokol mengajar saya bagaimana nak menguruskan sesuatu majlis yang kecil mahupun besar. Dalam protokol kami dibahagikan kepada 4 post iaitu post penulisan, post HELA, post TTK, dan post sambutan. Setiap post tugasnya adalah lain-lain. Bagi post pnulisan , tugasnya adalah untuk membuat teks. Semua teks perlu disediakan oleh post penulisan. Antara teks yang perlu dilakukan ialah teks pengacara majlis, teks pembaca doa, teks ucapan ketua pengarah dan teks ucapan perasmi sesbuah majlis atau teks VIP terpenting yang akan berucap. Bagi kami, tugas post penulisan amatlah berat kerana teks memang boleh disediakan awal tetapi sekiranya berlaku perubahan dalam majlis, maka teks mesti ditukar pada waktu itu juga. Sebagai contoh, sekiranya VIP perasmi tiba-tiba tidak dapat hadir ,maka nama VIP perlu ditukar dalam teks ketika itu juga. Dan sekiranya ada majis tiba-tiba post penulisan akan menjadi kelam kabut untuk menyediakan teks ketika itu juga.

Bagi post HELA, tugas yang perlu dilakukan ialah menyediakan surat jemputan kepada VIP dan sentiasa update dengan VIP yang akan datang ke majlis sama ada dia boleh hadir ke majlis ke tidak. Tugas ini juga agak berat kerana kadang VIP yang melibatkan menteri, artis, atau pihak atasan UKM amat berat untuk menjemput ke majlis kerana kepadatan jadual mereka. Surat perlu dihantar paling lambat adalah 3 minggu sebelum majlis berlangsung bagi Personal Asisstent menyusunkan jadual VIP tersebut. Lagi satu kerja ini agak berat apabila perlu sentiasa bertanya dengan VIP tersebut dan adakalanya VIP atau Personal Asisstent mereka jarang untuk menjawab mesej atau panggilan.

Bagi post TTK pula kerjanya agak mudah kerana banyak berlaku di belakang tabir sahaja dan tugas mereka perlu membantu post yang lain. Antara kerja baik tabir yang mereka lakukan ialah tagging di kerusi, menyediakan goblet di meja, memastikan susunan makanan di tempat makan betul dan sebagainya. Kerjanya agak mudah dan nampak remeh tetapi sekiranya berlaku kesalahan mereka akan disalahkan.

Bagi post sambutan pula, tugasnya adalah dengan menyediakan pengacara majlis, usher utama sekurang-kurangnya 2 orang, usher hadiah sekurang-kurangnya 3 orang, runner 2 orang dan beberapa orang red carpet. Semua ini perlu dipilih sama ada dari post sambutan tersebut atau post lain . Bagi yang telah dipilih perlulah mengetahui bahawa tugas mereka.

Saya pernah dipilih untuk menjadi usher utama dan usher hadiah dan bagi saya tugas ini amatlah menyeronokkan dan mencabar. Saya boleh mengenali VIP dan yang amatlah membanggakan sekiranya kita ramah dengan VIP yang kita jaga, nanti dalam ucapan dia akan sebut nama kita sebagai ucapan terima kasih. Jarang untuk VIP menyebut nama kita dalam mana-mana ucapanya.

MAJLIS INTERAKSI BSMM

Majlis interaksi BSMM adalah satu perjumpaan yang dilakukan antara senior dan junior Bulan sabit Merah Malaysia (BSMM)

ATHIRAH SENTIASA ADA

Athirah adalah sahabat saya kenal selepas Aina. Saya mengenali Athirah melalui Aina kerana mereka selalu bersama. Nama diberi adalah Nurul Athirah yang merupakan pelajar lepasan Matrikulasi Pahang. SAma seperti saya yang merupakan pelajar lepasan Matrikulasi Melaka, Londang. Mengenali dirinya ibarat mengenali ibu yang kisah tentang anaknya. Setiap masalah yang saya hadapi pasti dia akan mendengar dan sentiasa sokong dalam apa jua keputusan.

Setiap malam, Athirah akan datang ke bilik saya untuk menemani diri saya yang selalu keseorangan kerana roommate saya selalu akan pulang pada waktu malam after 11 malam. Pada ketika itulah dia sentiasa bercerita dan memnghiburkan saya agar saya tidak kesunyian pada setiap malam. Kadang kala kami akan menyiapkan kerja sekolah kami bersama sama memandang banyak kelas dan kuliah yang sama dengan Athirah. Hebatnya dia membuatkan saya semakin rajin untuk berjaya dalam semester 1 ini.

Athirah juga merupakan sahabat yang suka membantu orang lain. sekiranya ada terdapat rakan-rakan yang dalam kesusahan seperti tidak cukup duit, dia akan memberi pinjaman kepada sahabatnya. Mulia sungguh hatinya. Tidak semua sahabat mampu membuat seperti demikian. Makanan yang lebih akan dihulurkan ke bilik sebelahnya dan adakalanya dia juga turut memberi kepada saya memandangkan kami sama aras.

Saya sangat menghargai sahabat seperti Athirah kerana sukar mendapati sahabat seperti Athirah.

KAWAN SAYA AINA IZATY

Aina Izaty adalah antara sahabat yang saya kenal pada permulaan hidup saya di UKM. Detik permulaan perkenalan kami bermula apabila dia menegur saya di tangga kolej. Pada ketika itu saya baru bangun tidur dan hendak ke tandas. Dia kelihatan seperti kebingungan dan terpinga-pinga. Saya tertanya-tanya tapi mungkin saya agak mamai jadi saya hanya senyum kepadanya. Tiba-tiba dia memegang pergelangan saya dan itu membuat saya sedikit tersentak. Dengan muka yang agak kesian dia bertanya kepada saya, "Awak macam mana nak guna mesin basuh kat aras tiga tu?". Saya hanya mampu senyum dan menahan gelak. Rupanya itulah yang bermain di fikirannya. Jadi saya membantu dia menggunakan mesin basuh tersebut kerana pengalaman semasa tinggal di matrik dulu membuat saya agak mahir dalam menggunakan mesin basuh telan duit ni. Dan sejak dari itu setiap kali saya terserempak dengan dia, saya akan memanggilnya Aina mesin basuh kerana saya agaka sukar mengecam orang.Tapi kami tidak rapat lagi ketika itu.

Perkenalan kedua kami bermula dengan kerja kursus akaun. Setiap kumpulan perlu mencari kumpulan yang sama dalam kelas bagi membuat hubungan rakan niaga dalam laporan perakaunan. Kumpulan saya kekurangan satu rakan niaga jadi mencari kumpulan di ifolio dan menjumpai salah sebuah rakan niaga yang sedang mencari rakan kongsi. Nama yang tertera adalah izaty jadi saya telah menghantar mesej untuk menjadi rakan kongsi kumpulan mereka dan mereka bersetuju. Keesokan harinya kami terserempak di surau FEP dan bercerita mengenai rakan niaga dan tak disangka rakan niaga yang saya bersetuju malam tadi adalah kumpulan Aina. Sungguh tak disangka. Ajaibkan jodoh pertemuan kami.

Sejak hari itu, kami sentiasa bertanya khabar dan saling meluah rasa isi hati. Dan rupanya kami jiran bilik.  Jadi apabila terdapat gosip terbaru kami mula bertandang untuk bercerita tentang gosip-gosip di kolej dan UKM ni. Ikatan yang rapat ini menybabkan saya rasa tidak sunyi lagi untuk berada di UKM. Berada dengan kawan disekeliling membuat diri saya diperlukan sentiasa dan rasa dihargai.

PENYAMPAIAN MEDAL BAGI SUKEM KOLEJ KERIS MAS

KI2KM

PENUTUP

Ini adalah blog saya yang ke 28. Maka inilah pengakhiran bagi blog saya kerana dalam task yang diberikan saya perlu menulis 28 blog. Jadi ba...