Monday, 11 December 2017

PENUTUP

Ini adalah blog saya yang ke 28. Maka inilah pengakhiran bagi blog saya kerana dalam task yang diberikan saya perlu menulis 28 blog. Jadi bagi pengakhiran ini saya tidak mahu bercerita tetapi saya akan membuat kesimpulan dan harapan saya selepas ini.

Alhamdulillah apabila dah menjejak ke minggu ke 14 ini, maka telah tamatlah semester satu saya di UKM. Sekejap sahaja masa berlalu. Rasa seperti semalam sahaja saya menjejakkan kaki di UKM sebagai mahasiswi. Banyak pengalaman pahit dan manis yang berlaku di UKM ini sepanjang semester satu. Yang manis saya simpan sebagai kenangan yang paling bermakna manakala yang pahit saya jadikan pedoman dan pengajaran buat masa akan datang. 

Penulisan blog ini adalah di bawah Aplikasi Komputer. Dalam Aplikasi Komputer, kami belajar penggunaan software dalam komputer seperti Microsoft Word, Excel, Access dan sebagainya. Selain itu kami juga mempelajari HTML dan penggunaan Blogger juga. Saya tidak pernah menulis dalam blog kerana tidak brminat dalam penulisan. Tetapi selepas Dr. Zaleha memberi blog sebagai task dalam Aplikasi Komputer, jadi saya terpaksa la membuatnya. Pada mulanya saya merasakan ia seperti paksaan tetapi lama kelamaan ia menjadi satu hobi buat saya kerana saya menjadi blogger ini sebagai diary aktiviti saya. Amat seronok membuat penulisan dalam blogger ini walaupun adakalanya muncul perasaan malas itu tetapi ia amat membantu saya dalam penulisan juga.

Bagi saya, dalam semester satu ini saya amat berminat dengan Aplikasi Komputer ini kerana banyak sistem dalam komputer yang tak pernah saya selongkar, saya selongkar semasa kelas Aplikasi Komputer ini. Saya juga amat suka dengan pensyarah yang mengajar kerana Dr.Zaleha mengajar dengan cara yang kami mudah paham. 

Jadi sebagai kesimpulan, banyak yang saya pelajari dalam kelas Aplikasi Komputer dan amat membantu pada masa akan datang. Harapan saya, saya harap saya dapat menguasai dan mengamalkan apa yang saya pelajari di Aplikasi Komputer.

Sunday, 10 December 2017

BAITULMAQDIS MILIK PALESTIN

Dunia telah digempurkan dengan keputusan Donald Trump yang telh mengistiharkan BaitulMaqddis sebagai ibu kota negara Israel. Sedangkan kita semua tahu bahawa BaitulMaqdis adalah milik Palestin, milik kita, milik orang Islam. Tetapi dengan mudah sahaja ia telah jatuh ke atas tangan kaum Yahudi iaitu Israel. di mana kita saudara sesama Islam. Kenapa kita tidak mampu pertahankan? Apa yang kita nak jawab dengan Allah?

Palestin telah lama dijajah oleh kaum Israel. Mereka telah dibom, telah dibunuh dengan kedaan yang mengerikan, telah dilakukan pelbagai perkara yang tidak berperikemanusiaan. Tetapi ajaibnya, mereka masih ada di bumi Gaza walaupun bilangan mereka kecil tetapi mereka berani mempertahankan tanah air mereka. sungguh sedih kerana nasib mereka tak pernah terbela. Satu dunia tahu mereka telah ditindas tetapi tak semua ambil kisah tentang kehidupan mereka di sana. Termasuk lah saudara sesama Islam di Malaysia ini.

Remaja kini telah dihiburkan dengan muzik-muzik yang melaghokan. Remaja di Malaysia sibuk mengejar populariti yang kini menjadi trending pada masa kini. Remaja-remaja di sini sibuk dengan media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan banyak lagi. Dan tanpa kita sedari, penzinaan di kalangan remaja semakin berleluasa, anak luar nikah yang dibunag semakin banyak, hakikatnya anak itu adalah anugerah. Sanggup mereka membuang nyawa yang baru ingin mengenali dunia. Kes buli mnjadi ikutan remaja kini, geng-geng konsi gelap yang semakin berleluasa. Apa kita pernah terfikir bagaimana remaja di Palestin?. Mereka tidak pernah mengenali apa itu media sosial. yang mereka tahu hanyalah Al-Quran sebagai pedoman hidup, mati syahid impian mereka dan semangat mempertahankan tanah air mereka ,tanah milik Islam yang berkobar-kobar.

Kita tak mampu untuk berjuang bersama mereka. Jadi sebagai saudara mereka, kita perlulah sentiasa meletakkan mereka dalam doa. Sentiasa mendoakan mereka. Boikot produk Israel. Mcdonald adalah salah satu produk Israel. Saya berasa sedih kerana sahabat-sahabat saya tidak mampu memboikot Mcdonald hakikatnya mereka tahu setiap peluru yang tebus dalam tubuh penduduk Palestin adalah berpunca dari duit Mcdonald. Tidak kasihan kah kita kepada mereka?. Boikotlah produk Israel sahabat-sahabatku. Ingatlah saudara kita di sana. Janganlah kita adalah salah satu punca kepada kehancuran Islam.

Sedarkah kita bahawa kita berada di penghujung dunia. Tanda-tanda besar kiamat telah keluar sahabat-sahabatku.. Lelaki yang menyerupai perempuan telah ramai dan semakin menjadi viral. Baitulmaqdis sudah jatuh ke tangan Israel. Dan banyak lagi tanda-tanda kiamat yang keluar.

Oleh itu sahabat-sahabatku, bangunlah untuk solat taubat. berdoalah untuk saudara kita di Palestin. Boikotlah jenama Israel.


NOVEL TITIAN CINTA

Novel ini merupakan salah satu novel yang mendapat sambutan antara peminat novel-novel cinta. Jalan cerita yang lain dari yang lain membuat novel ini menjadi menarik. Novel ini telah diadaptasi dalam drama yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Farah Nabila, Tisha Shamsir,  Daler Yusuf dan ramai lagi.

Sinopsis di belakang belakang buku telah menarik hai saya untuk membaca buku ini. Ini adlah sinopsis yang menarik hati saya:

Dulu dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri. Kini setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, Aisy pulang dengan nekad untuk menuntut janji yang pernah yang dilafazkan oleh sang suami. Namun , tatkala bertemu lain pula yang terjadi,

"Tak baik seorang isteri menipu sang suami. Berdosa".-Harris
"Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. saya bukan isteri kepada sesiapa".-Aisy
"Untuk pengetahuan Puan Raudhatul Aisy Hilmi, talak berada di dtas tangan suami. dan seingat akal abang yang waras ini, abang tak pernah ceraikan Aisy."- Harris

Kepulangan aisy memang dinanti oleh Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu dia sanggup menghina isterinya. Kerana gagal mengawal baran, dia telah menyakiti tubuh isterinya. Kini dia ingin menebus segala khilafnya.

"Saya tak cukup baik untuk maafkan awak,Harris. Kembali hidup dengan awak is the last thing I do."- Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladani setiap onar yang sengaja dicipta membuatkan tekad aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan yang ada pada dirinya membuatkan dia berserah kepada ketentuan jodoh oleh Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung kembali berarak datang. Kemunculan Harris seorang lelaki bermata coklat Hazel membuatkan Harris ditambat cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan di hati Aisy?, Akankah bahagia menjadi milik dia?, mampukah titian cinta mereka yang telah retak kembali bercantum?, Atau Rayyan yang menjadi pengganti?.



Novel ini telah meninggalkan pelbagai persoalan yang membuatkan saya sebagai pembaca ingin membaca kisah selanjutnya. Jadi saya telah meminjam novel ini daripada sepupu saya dan memamng betul apa yang saya sangkakan. Kisahnya amat menarik sekali.

Dan apabila ia diadaptasikan dalam drama dengan barisan pelakon yang amat hebat menjadikan cerita ini hebat dan menarik.



Jadi saya amat mengesyorkan sesiapa yang meminati novel membaca novel ini untuk mengisi masa lapang anda atau sebagai penghibur bagi menghilangkan stress.



BERCUTI DI PENANG

Bila sebut saja tentang Pulau Pinang, pasti sudah terbayang-bayang makanan yang menjadi igauan ramai pelancong. Namun begitu, terdapat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi di Pulau Mutiara ini. Ibu negerinya Georgetown juga turut dinobatkan sebagai salah satu antara 16 destinasi pelancongan yang wajib diterokai kerana kekayaan sejarah, keindahan senibina serta budaya yang bergerak seiring bersama.
Sekarang, dah ada lagi banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh semua orang lawati bersama keluarga dan kawan-kawan. Baru-baru ini saya dan kawan-kawan matrik saya telah pergi ke Pulau Pinang untuk menjelajah tempat-tempat yang menarik. Antara tempat yang menarik ialah
BUKIT BENDERA
Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang paling popular adalah Bukit Bendera atau Penang Hill. Percutian ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak ke sini.
Sungguhpun Bukit Bendera adalah tempat tarikan yang telah wujud sejak sekian lama, kini pelbagai penambahan telah dibuat bagi membolehkan lebih banyak aktiviti dapat dilakukan di puncak Bukit Bendera. Naik kereta api ke puncak adalah pengalaman yang cukup menarik. Boleh juga mendaki ke atas melalui Taman Botanikal bagi yang minat aktiviti lasak.
Selain menikmati keindahan Pulau Pinang dari ketinggian 830 meter, Bukit Bendera juga mempunyai banyak spot menarik seperti:
·        Muzium Burung Hantu
·        Dataran Love Locks
·        The Habitat
·        Earthquake & Typhoon Pavilion
·        Little Village
·        Viewing Deck

Saya dan kawansaya hanya menjelajah semua kawasan di bukit bendera tetapi kami tak masuk kerana semuanya perlukan bayaran. Kami hanya pergi dengan niat untuk menjelajah negeri dengan duit yang bajet.

Selain itu Penang Street adalah salah satu tarikan pelancong yang datang ke Penang ini. Seni jalanan di lorong-lorong jalan Georgetown bagaikan khazanah yang tersembunyi di serata kawasan. Hasil karya mereka menggambarkan kelincahan kanak-kanak serta gaya hidup rakyat Pulau Pinang yang menjadi tradisi hingga kini. Selain lukisan, Georgetown juga menawarkan seni batang besi “steel rod art’ yang menceritakan tentang sejarah Pulau Pinang. Di sana kami diberi map untuk mencari Art yang terdapat di dinding-dinding. Memamng beratur jugak untuk bergambar dengan Art yang terdapat di Penang street. Selain itu, terdapat aktiviti berbasikal di kawasan Penang street ini.

Pantai cherating juga merupakan salah satu tempat wajib untuk singgah. Rugi jika tidak singgah ke pantai ini terutamanya pada waktu malam kerana pada waktu malam pantai ini lebih meriah. Disebabkan saya amat suka udara di pantai pada waktu malam jadi saya keluar pada waktu malam untuk mnghirup udara malam. Memamng tenang. Di situ juga terdapat pasar malam yang memang buka sehinnga lewat malam dan syurga makanan juga terdapat di situ.

Selain itu, Penang memang terkenal dengan pelbagai makanan seperti Pasembor, Laksa Penang, Nasi Kandar dan sebagainya. Jadi bagi saya memang saya amat enjoy dengan percutian di Penang.

Saturday, 2 December 2017

MAMA AWARDS

MAMA adalah alah satu majlis penganugerahan untuk artis-artis KPOP di Korea Selatan. MAMA mewakili kepada Mnet Asian Music Awards. Majlis ini adalah salah satu majlis penganugerahan yang amat ditunggu-tunggu oleh peminat KPOP di seluruh dunia. MAMA adalah majlis yang amat besar dan antara tiket yang mahal untuk memasuki.

MAMA terbahagi kepada tiga bahagian iaitu MAMA Preview, MAMA Units, MAMA Awards dan ketiga-tiga majlis ini dijalankan di tempat yang berbeza. Bagi MAMA Preview, ia dijalankan di Vietnam dan tiketnya adalah terhad. Majlis ini dilakukan untuk memperkenalkan MAMA serta memperkenalkan artis yang berada dalam senarai pemenang. MAMA Units dilakukan di Tokyo dan tiket ini tidaklah terhad tetapi tetap ramai. MAMA Units ini dijalankan bagi menyampaikan beberapa awards yang tidak akan disampaikan di MAMA Awards. Antara anugerah yang disampaikan ialah Best Asian Style Awards, Best Choice Artist Awards dan sebagainya. Akhir sekali, MAMA Awards bertempat di Hong Kong, China. Ini adalah penganugerahan yang paling besar bagi artis KPOP.

Tetapi tahun ini MAMA dikecam dengan teruk sekali kerana ketidakadilan dalam penyampaian anugerah. Semua awards yang diundi semuanya keputusan berbeza. Kebanyakan awards yang sepatutnya artis tersebut dapat diberi kepada orang lain. Apa yang peliknya, keputusan MAMA adalah 100% adalah berdasarkan undian. Saya adalah antara pengundi bagi MAMA ini dan ya saya akui bahawa terdapat banyak perkara songsang dalam penyampaian anugerah. Sebagai contoh, Best OST Song sepatutnya Stay With Me yang mendapat banyak undian sehingga perbezaan lagu ni dengan lagu yang mendapat tempat kedua dalam undian amat jauh berbeza dan jauh kebelakang. Tetapi yang menang adalah lagu yang mendapat undian keempat dan ini membuatkan banyak fans seluruh negara marah kerana apa yang mereka undi amatlah berbeza keputusanya. Bagi fans yang datang ke MAMA Awards semuanya menyesal dan ada beberapa fans yang balik awal sehingga tempat banyak kosong. Kebanyakan yang datang ke MAMA adalah fanclub bagi kumpulan EXO dan amat mengejutkan EXO tak menang semua kategori yang disenaraikan dan hanya menang DAESANG AWARDS bagi Album of The Year. Hakikatnya mereka amat banyak mendapat undian dalam kategori dan menjadi yang teratas dalam carta undian.

Oleh sebab MAMA mendapat banyak kecaman maka banyak fans yang membuat aduan dan membantah MAMA dibuat lagi pada tahun depan dan tahun-tahun akan datang. Rupanya pada tahun sebelum pun terjadi juga tetapi tak kelihatan sangat kerana ada juga artis yang popular yang menang. Tetapi tahun ini semakin menjadi-jadi ketidakadilan yang berlaku.Oleh itu, MAMA Awards tidak dibenarkan untuk membuat majlis penganugerahan kerana aduan yang telah dibuat oleh peminat-peminat seluruh negara.

UNIT PROTOKOL

Unit Protokol adalah salah satu kelab yang saya sertai di Kolej Keris Mas, UKM. Saya memilih Unit Protokol kerana saya rasa banyak perkara yang boleh saya pelajari dalam sesuatu majlis. Sebenarnya Kolej Keris Mas banyak menyediakan kelab seperti kelab kebudayaan yang dikenali Lantera Mas, Kelab Akademik dan banyak lagi.

Protokol mengajar saya bagaimana nak menguruskan sesuatu majlis yang kecil mahupun besar. Dalam protokol kami dibahagikan kepada 4 post iaitu post penulisan, post HELA, post TTK, dan post sambutan. Setiap post tugasnya adalah lain-lain. Bagi post pnulisan , tugasnya adalah untuk membuat teks. Semua teks perlu disediakan oleh post penulisan. Antara teks yang perlu dilakukan ialah teks pengacara majlis, teks pembaca doa, teks ucapan ketua pengarah dan teks ucapan perasmi sesbuah majlis atau teks VIP terpenting yang akan berucap. Bagi kami, tugas post penulisan amatlah berat kerana teks memang boleh disediakan awal tetapi sekiranya berlaku perubahan dalam majlis, maka teks mesti ditukar pada waktu itu juga. Sebagai contoh, sekiranya VIP perasmi tiba-tiba tidak dapat hadir ,maka nama VIP perlu ditukar dalam teks ketika itu juga. Dan sekiranya ada majis tiba-tiba post penulisan akan menjadi kelam kabut untuk menyediakan teks ketika itu juga.

Bagi post HELA, tugas yang perlu dilakukan ialah menyediakan surat jemputan kepada VIP dan sentiasa update dengan VIP yang akan datang ke majlis sama ada dia boleh hadir ke majlis ke tidak. Tugas ini juga agak berat kerana kadang VIP yang melibatkan menteri, artis, atau pihak atasan UKM amat berat untuk menjemput ke majlis kerana kepadatan jadual mereka. Surat perlu dihantar paling lambat adalah 3 minggu sebelum majlis berlangsung bagi Personal Asisstent menyusunkan jadual VIP tersebut. Lagi satu kerja ini agak berat apabila perlu sentiasa bertanya dengan VIP tersebut dan adakalanya VIP atau Personal Asisstent mereka jarang untuk menjawab mesej atau panggilan.

Bagi post TTK pula kerjanya agak mudah kerana banyak berlaku di belakang tabir sahaja dan tugas mereka perlu membantu post yang lain. Antara kerja baik tabir yang mereka lakukan ialah tagging di kerusi, menyediakan goblet di meja, memastikan susunan makanan di tempat makan betul dan sebagainya. Kerjanya agak mudah dan nampak remeh tetapi sekiranya berlaku kesalahan mereka akan disalahkan.

Bagi post sambutan pula, tugasnya adalah dengan menyediakan pengacara majlis, usher utama sekurang-kurangnya 2 orang, usher hadiah sekurang-kurangnya 3 orang, runner 2 orang dan beberapa orang red carpet. Semua ini perlu dipilih sama ada dari post sambutan tersebut atau post lain . Bagi yang telah dipilih perlulah mengetahui bahawa tugas mereka.

Saya pernah dipilih untuk menjadi usher utama dan usher hadiah dan bagi saya tugas ini amatlah menyeronokkan dan mencabar. Saya boleh mengenali VIP dan yang amatlah membanggakan sekiranya kita ramah dengan VIP yang kita jaga, nanti dalam ucapan dia akan sebut nama kita sebagai ucapan terima kasih. Jarang untuk VIP menyebut nama kita dalam mana-mana ucapanya.

MAJLIS INTERAKSI BSMM

Majlis interaksi BSMM adalah satu perjumpaan yang dilakukan antara senior dan junior Bulan sabit Merah Malaysia (BSMM)

ATHIRAH SENTIASA ADA

Athirah adalah sahabat saya kenal selepas Aina. Saya mengenali Athirah melalui Aina kerana mereka selalu bersama. Nama diberi adalah Nurul Athirah yang merupakan pelajar lepasan Matrikulasi Pahang. SAma seperti saya yang merupakan pelajar lepasan Matrikulasi Melaka, Londang. Mengenali dirinya ibarat mengenali ibu yang kisah tentang anaknya. Setiap masalah yang saya hadapi pasti dia akan mendengar dan sentiasa sokong dalam apa jua keputusan.

Setiap malam, Athirah akan datang ke bilik saya untuk menemani diri saya yang selalu keseorangan kerana roommate saya selalu akan pulang pada waktu malam after 11 malam. Pada ketika itulah dia sentiasa bercerita dan memnghiburkan saya agar saya tidak kesunyian pada setiap malam. Kadang kala kami akan menyiapkan kerja sekolah kami bersama sama memandang banyak kelas dan kuliah yang sama dengan Athirah. Hebatnya dia membuatkan saya semakin rajin untuk berjaya dalam semester 1 ini.

Athirah juga merupakan sahabat yang suka membantu orang lain. sekiranya ada terdapat rakan-rakan yang dalam kesusahan seperti tidak cukup duit, dia akan memberi pinjaman kepada sahabatnya. Mulia sungguh hatinya. Tidak semua sahabat mampu membuat seperti demikian. Makanan yang lebih akan dihulurkan ke bilik sebelahnya dan adakalanya dia juga turut memberi kepada saya memandangkan kami sama aras.

Saya sangat menghargai sahabat seperti Athirah kerana sukar mendapati sahabat seperti Athirah.

KAWAN SAYA AINA IZATY

Aina Izaty adalah antara sahabat yang saya kenal pada permulaan hidup saya di UKM. Detik permulaan perkenalan kami bermula apabila dia menegur saya di tangga kolej. Pada ketika itu saya baru bangun tidur dan hendak ke tandas. Dia kelihatan seperti kebingungan dan terpinga-pinga. Saya tertanya-tanya tapi mungkin saya agak mamai jadi saya hanya senyum kepadanya. Tiba-tiba dia memegang pergelangan saya dan itu membuat saya sedikit tersentak. Dengan muka yang agak kesian dia bertanya kepada saya, "Awak macam mana nak guna mesin basuh kat aras tiga tu?". Saya hanya mampu senyum dan menahan gelak. Rupanya itulah yang bermain di fikirannya. Jadi saya membantu dia menggunakan mesin basuh tersebut kerana pengalaman semasa tinggal di matrik dulu membuat saya agak mahir dalam menggunakan mesin basuh telan duit ni. Dan sejak dari itu setiap kali saya terserempak dengan dia, saya akan memanggilnya Aina mesin basuh kerana saya agaka sukar mengecam orang.Tapi kami tidak rapat lagi ketika itu.

Perkenalan kedua kami bermula dengan kerja kursus akaun. Setiap kumpulan perlu mencari kumpulan yang sama dalam kelas bagi membuat hubungan rakan niaga dalam laporan perakaunan. Kumpulan saya kekurangan satu rakan niaga jadi mencari kumpulan di ifolio dan menjumpai salah sebuah rakan niaga yang sedang mencari rakan kongsi. Nama yang tertera adalah izaty jadi saya telah menghantar mesej untuk menjadi rakan kongsi kumpulan mereka dan mereka bersetuju. Keesokan harinya kami terserempak di surau FEP dan bercerita mengenai rakan niaga dan tak disangka rakan niaga yang saya bersetuju malam tadi adalah kumpulan Aina. Sungguh tak disangka. Ajaibkan jodoh pertemuan kami.

Sejak hari itu, kami sentiasa bertanya khabar dan saling meluah rasa isi hati. Dan rupanya kami jiran bilik.  Jadi apabila terdapat gosip terbaru kami mula bertandang untuk bercerita tentang gosip-gosip di kolej dan UKM ni. Ikatan yang rapat ini menybabkan saya rasa tidak sunyi lagi untuk berada di UKM. Berada dengan kawan disekeliling membuat diri saya diperlukan sentiasa dan rasa dihargai.

PENYAMPAIAN MEDAL BAGI SUKEM KOLEJ KERIS MAS

KI2KM

Monday, 20 November 2017

MUR

ANGKAT SUMPAH KADET

MENANG FAIZAL TAHIR

Tidak terduga waktu ini akan tiba
Jelas di minda gambaran yang pertama
Cukup semua tutur dan caramu
Kau panah hatiku

Tangis dan tawa semuanya bersama
Bagai udara ku perlukan sentiasa
Ku putus kata hidup tanpa kamu
Bukan yang ku mahu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Setia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Bertahun lama mengenal hati di jiwa
Retak berjuta tetap satu semula
Ku putus kata hidup tanpa kamu
Bukan yang ku mahu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Setia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Jangan bimbang
Ku sediakan semua kau takkan hilang
Jangan bimbang
Ku kan jadi yang terbaik untukku

Sedia ku bersama dirimu selamanya
Telah ku menang kamu
Oh telah ku menang kamu







Friday, 10 November 2017

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA

Majlis penyerahan bendera ni adalah salah satu majlis yang agak besar di Kolej Keris Mas, UKM. Majlis ini bertujuan untuk merasmikan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) di mana setiap kolej akan menghantar wakil dalam beberapa sukan untuk dipertandingkan.

Antara pertandingan yang akan dipertandingkan ialah hoki, badminton, bola sepak dan sebagainya. Majlis ini juga turut memperkenalkan atlet-atlet SUKEM yang akan dipertandingkan. Majlis ini agak grand kerana VIP yang dijemput jugak agak dikenali. Antara VIP yang hadir ialah pengetua Kolej Keris Mas, Penolong kanan felo Kolej Keris Mas dan VIP yang amat disukai Kolej Keris Mas iaitu Hafiz Hashim, pemain badminto negara yang telah memenangi pingat emas dalam Sukan SEA. Beliau telah menjadi perasmi dan menjadi IKON Kolej Keris Mas bagi SUKEM yang bakal dipertandingkan.

Gimik perasmian bagi majlis ini juga bagi saya agak grand. Disebabkan obor juga merupakan salah satu imej bagi Kolej Keris Mas, maka dalam gimik perasmian terdapatnya obor bagi melambangkan Kolej Keris Mas. Selepas tayangan montaj yang memperkenalkan atlet Kolej Keris Mas dalam setiap pertandingan, lampu di mini stage semua terpadam. Tiba-tiba ada sekumpulan pelajar yang dikenali sebagai Ultras Kolej Keris Mas membawa bendera Jalur Gemilang dan obor yang menyala untuk diserahkan kepada perasmi. Persmi membawa obor naik ke pentas dan meletakkan di atas stand dan turut menaikkan bendera jalur gemilang.

Selepas majlis tersebut semua VIP dijemput makan di bilik bankuasi. Salah seorang sahabat saya telah menjadi usher utama untuk Hafiz Hashim. Dia berasa berpuas hati menjadi usher utama bagi Hafiz Hashim kerana Hafiz Hashim sangat baik dan tidak cerewet. Beliau juga amat peramah sehingga kawan saya tidak berasa kekok untuk mengiringi beliau.

Semoga terus berjaya dalam sukan badminton Hafiz Hashim dan terus mengharumkan nama negara.


KAWAD KAKI

Bila sebut pasal kawad kaki ni banyak kenangan yang saya pernah lalui. Kenapa wujudnya kawad dalam sesuatu persatuan? Kawad diwujudkan bagi membentuk disiplin dan sikap bertanggungjawab dalam diri. Sesetengah orang akan merasakan kawad ini merupakan satu bebana dalam sesebuah persatuan atau organisasi. Tetapi bagi saya kawad adalah perkara yang menyeronokkan dan mendidik kita supaya lebih menepati masa, berdisiplin, serius dalam sesuatu perkerjaan dan mengajar diri untuk lebih teratur dan tersusun dalam hidup.

Kenangan saya berkawad adlah ketika saya form 3 di mana saya terpilih untuk wakil ke peringkat daerah. Waktu itu saya berazam untuk berkawad bersungguh kerana ia adalah pengalaman pertama saya. Ketika itu saya menyertai kadet remaja sekolah (KRS). KRS merupakan salah satu badan uniform yang amat disegani di sekolah saya. Bukan sahaja di sekolah saya malah di daerah Sepang jugak kerana kami banyak mendapat anugerah cemerlang bagi Kadet Remaja Sekolah.

Oleh sebab saya telah dipilih dalam pasukan kawad jadi saya bersungguh-sungguh untuk belajar kawad. Tetapi pada keesokan harinya saya telah disenarai dalam simpana kerana mengambil senior-senior ahli KRS bagi mengelakkan berlaku kekalahan dalam pertandingan. Saya berasa agak sedih kerana saya bersusah payah cari baju uniform untuk masuk ke pertandingan kawad ini tetapi mereka hanya jadikan saya sebagai simpanan sahaja. Apabila kita dilabel sebagai simpanan sahaja maka kita akan menjadi kuli kepada mereka. Saya masih ingat lagi saya diarahkan menggosok semua baju kadet dan mengilatkan semua kasut pada malam sebelum pertandingan. Agak penat tapi itulah tugas kami.

Disebabkan perkara tersebut saya telah menarik diri daripada menyertai apa-apa dalam KRS. Walaupun perkhemahan pun sebab saya jadi trauma. Bagi saya mereka tidak boleh menerima sesuatu yang baru dan semangat yang baru untuk sesuatu pertandingan.Oleh sebab saya tarik diri dalam, saya telah menjadi ahli yang tidak aktif dalam KRS.


Tetapi apabila saya telah memasuki UKM saya telah memilih menyertai Bulan Sabit Merah Malaysia dan setelah melepasi tahap yang perlu dilepasi oleh Bulan Sabit Merah Malaysia, saya telah dipilih untuk menjadi kadet bagi Bulan Sabit Merah Malaysia.

Dan pada hari ahad pada pukul 7.30 pagi kami diarahkan untuk berkawad di Dataran Gemilang dan mereka mengajar kami setiap langkah demi langkah. Saya berasa adil dengan layanan seperi ini da mereka akan memilih 100 orang kadet untuk menyertai kawad kaki daripada 123 orang kadet. Dan di situlah saya rasa keseronokan berkawad untuk terbukti kerana layanan serta pengalaman yang diberikan dapat dirasai bersama. Saya tak kisah andai kata saya tak dipilih untuk kadet kawad kerana saya rasa puas dengan pengalaman yang saya dapat.

Sekian.

Sunday, 5 November 2017

KAIN ANDUH

Kain Anduh adalah salah satu perkara asas yang perlu ada dalam setiap ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Bukan setakat perlu ada sahaja malah perlu tahu cara penggunaannya.

Disebabkan saya salah seorang ahli Bulan Sabit Merah jadi saya perlu hadir ke kelas setiap sekali seminggu tak kira hari apa. Oleh itu kelas minggu ini adalah kelas praktikal untuk beberapa ikatan kain anduh yang asas dan perlu diketahui oleh semua ahli Bulan Sabit Merah. Ikatan yang pertama yang perlu tahu adalah ikatan buku lali. Ikatan ini adalah ikatan yang asas dan antara kegunaannya adalah supaya memudahkan doktor atau pakar kesihatan untuk membuka ikatan balutan yang dibuat. Ikatan ini agak mudah dan senang dipelajari.

Ikatan seterusnya adalah ikatan apabila kaki terseliuh pada buku lali. Ikatan dikenali sebagai Eight kerana kelihatan seperti nombor 8. Fungsi ikatan ini adalah sebagai menghalang pesakit daripada terus menggerakkan kakinya kerana ia akan menyebabkan kesakitannya akan menjadi teruk. Ikatan ini perlu diikat dengan ketat supaya tiada lagi pergerakan pada kaki.

Ikatan ketiga adalah ikatan Eight di lutut kaki. Ikatan ini akan diikat sekiranya lutut pesakit telah patah. Jadi untuk mengelakkan ia daripada terus kesakitan, Ikatan ini akan dibuat untuk menyekat segala pergerakan pada keseleruhan kaki.

Ikatan keempat adalah ikatan yang akan dilakukan sekiranya pesakit patah atau terseliuh pada tangan dan menyebabkan tangan pesakit lemah dan tak bermaya. Kesakitan ini akan dihalang dengan melalkukan ikatan kain anduh yang selalu dibuat oleh doktor. Ikatan ini akan menggantungkan tangan mangsa dan seterusnya menghalang pergerakan di tangan dari bahu ke lengan.

Ada beberapa lagi ikatan yang dipelajari tetapi saya tak berapa ingat nama-nama spesik bagi ikatan tersebut. Bagi saya menyertai Bulan sabit Merah sebagai kadet mahupun ahli dapat meningkatkan ilmu saya dalam hal kecemasan yang kita jarang berlaku. Sekurang-kurangnya apabila kita menghadapi situasi tersebut kita tidak hanya terpekik terlolong-lolong minta bantuan tanpa melakukan sesuatu pertolongan asas. Mungkin perkara ini boleh berlaku dalam keluarga atau munkin boleh berlaku dalam kalangan sahabat terdekat kita. Oleh itu, bagi saya saya tidak menyesalmenyertai Kadet Bulan sabit Merah kerana ia sesuatu pembelajaran yang penting demi keselamatan dan keselesaan keluarga kita.

Thursday, 2 November 2017

MID EXAM

Mid Exam adalah perkara yang saya benci sebagai seorang pelajar. Sejak saya bersekolah di tadika lagi saya benci sesuatu yang disebut Exam atau erti kata lain peperiksaan. Sebab apa saya benci? Sebab kene baca buku balik kemudian rasa pressure sebab ada beberapa yang tak paham, then rasa presssure sewaktu exam.

Peperiksaan di sekolah amat berbeza dengan universiti. Sewaktu sekolah kami perlu duduk berjarak antara satu sama lain. Tapi berbeza bila kami menghadapi peperiksaan pertengahan semester ini kerana kami diletakkan di tempat yang agak senang untuk berbincang. Sebagai contoh, semasa saya menghadapi peeperiksaan bagi kertas Penghantar Pengurusan, kami menjawab peperiksaan di dewan kuliah dan tempat kami tidak dijarakkan. Hanya kekuatan iman je mampu menghalang kami daripada terus berbincang. Disebabkan saya antara pelajar yang tak suka untuk meniru jadi saya mengambil keputusan untuk duduk jauh dengan kawan saya. Pensyarah ada mengarahkan kami untuk duduk selang kerusi tapi biasalah manusia ini tak semua ada telinga, lalu mereka mengendahkan arahan tersebut. Buktinya pelajar di hadapan saya sempat berbincang jawapan sesama sendiri. Bagi saya, apabila kita tidak jujur dengan diri sendiri maka kita akan terus mundur. Kerana apa?. Kerana kita tidak dapat menilai diri kita, kemampuan kita pada tahap mana serta kelemahan kita berada di tahap mana.Oleh sahabat sekalian, elakkan daripada terus memperbodohkan diri sendiri.

Peperiksaan pertengahan semester di universiti ini amatlah flexible. Kenapa saya cakap seperti ini.?. Kerana tak semua peperiksaan berlaku dalam pada waktu yang sama. Sebagai contoh, hari saya menghadapi peperiksaan Penghantar Pengurusan adalah pada hari rabu tetapi kawan sebelah bilik saya menghadapi peperiksaan pada hari sabtu. Sangat flexible kan?. Dan waktunya tak adalah ditetapkan pada minggu tersebut akan menghadapi peperiksaan tapi berdasarkan tarikh pensyara tetapkan. Sebagai contoh, pepriksaan akaun dan makroekonomi saya akan berlangsung pada sabtu dan ahad ini. Jadi kami ada masa untuk mengulang kaji dengan pensyarah dans elalunya pensyarah tersebut yang akan buat soalan.

Perbezaan lain peperiksaan di universiti inii adalah soalan juga flexible. Kami hanya ingat apa pensyarah pernah cakap dalam kelas dan In Sya Allah selalunya itulah yang akan keluar. Kelebihan du universiti ini semua soalan adalah dibuat oleh pensyarah, dan bukannya pihak lain. Dan yang specialnya belajar di universiti adalah bab yang kita belajar. Bab yang pernah masuk peperiksaan pertengahan semester takkan masuk untuk peperiksaan akhir semester ini. Jadi kita boleh tumpu pada subjek tertentu. Sebagai Contoh, dalam subjek Makroekonomi bagi peperiksaan pertengahan semester ini, hanya bab satu hingga lima sahaja yang masuk. Peperiksaan akhir semester nanti akan ke bab seterusnya. Itulah kelebihan hidup di dalam universiti. Sebab itu orang kata, kehidupan di universiti ini lebih mudah dan senang lulus. Keputusan di tangan kita sama ada nak lulus, mengulang atau gagal menamatkan pengajian.

sekian.
sakinah

Friday, 27 October 2017

HISTERIA PART 2

Kisah yang pertama adalah kisah yang memang pertama kali berlaku pada saya. Untuk part 2 ni lebih mengisahkan tentang histeria yang agak teruk yang pernah berlaku di asrama ini. Banyak sebenarnya kisah yang terdapat tapi tak lah thriller sangat, jadi tak seronok nak bercerita.

Kejadian ini berlaku sewaktu umur saya 14 tahun iaitu ketika saya di tingkatan 2. Kisah ini berlaku sehingga mengambil masa 2 hari tak silap saya. Kisah ini bermula apabila kakak senior, Sinar(bukan nama sebenar) yang mungkin mengamalkan sesuatu ilmu atau saka yang turun kepada dia. Sinar ini memang selalu kene histeria. tapi taklah seteruk ini. Kejadian berlaku pada waktu sebelum asar. Pada waktu ini kami semua kebanyakannya ada kelas tambahan termasuk saya. Jadi apabila waktu asar kami solat berjemaah di musolla. Ketika kami masuk musolla kami terlihat beberapa Barisan Pimpinan Pelajar (BPP) sedang melayan Sinar ni berborak. Dia ketawa mengilai-ngilai. Kami agak pelik la sebab Sinar ni tiada kawan dan suka bersendirian. Jadi kami fikir mungkin dia nak luah perasaan kot.

Selepas solat asar kami meneruskan aktiviti kami seperi rutin pelajar asrama lain. Ada yang bersukan, ada yang menonton televisyen, mandi, basuh baju, pergi makan malam dan sebagainya. Tetiba kami mendapat pengumuman untuk turun awal pada hari itu. Kami agak pelik tapi kami turun je lah dan diarahkan untuk beratur di court depan asrama. Kemudian BPP telah memberi dua bahagian iaitu siapa nak solat di musolla dan siapa yang nak solat di asrama. Pada mulanya saya memilih untuk solat di bilik sakit di asrama tetapi saya ubah fikiran untuk menyertai pelajar yang solat di musolla. BPP turut memesan kami yang kuat semngat sahaja yang boleh solat di musolla. Jadi saya gagahkan diri untuk menjadi kuat semangat. Tiba-tiba kami terdengar suara ngilaian wanita di dalam musolla. Ketika itu kami masih dia court asrama. Kuatnya suara dia. Waktu itu magrib bakal masuk. Apabila azan je suara tersebut hilang. Saya dan beberapa orang kawan saya pergi solat di musolla. Kami perlu masuk di pintu utama muslla di bahagian lelaki kerana pintu perempuan terpaksa ditutup. Pelajar lelaki solat di depan asrama mereka di mana bersebelahan dengan musolla kami.

Jejak je kaki di musolla saya terlihat seorang perempuan yang dibalut dengan kain batik sedang terbaring di sudut musolla. Perempuan tersebut kelihatan seperti tidur je. Tetapi apabila kami mula solat kami melihat dia menjerit untuk dilepaskan. Tiba-Tiba kmi terdengar suara jeritan pelajar -pelajar perempuan dan berlari. Rupanya Sinar ini mengejar pelajar perempuan yang agak terlambat untuk masuk saf. Katanya dia terlepas dari kain batik yang telah mengikat dia.Dia turut berlari di hadapan kami solat dengan pantas. Mengikut cerita pelajar yang dikejar, Sinar mengejar mereka sehingga pintu pagar musolla dengan mata yang merah. Agak teruk la histeria dia. Malam itu jugak dia telah dihantar pulang ke rumah untuk diubati. Rupa-rupanya kejadian histeria ini berlaku akibat pertembungan antara dia punya ikutan dengan jin yang memang di dalam asrama kami. Jadi sinar ni la menjadi tempat mereka bergaduh. Itulah kisah histeria yang agak kuat dan bagi saya amat seram la.



HISTERIA PART 1

Haa... cerita mengenai histeria ni kan selalunya pelajar asrama mesti pernah rasa banyak kes..
Apa itu histeria eh? Histeria adalah satu fenomena di mana seseorang telak dirasuk oleh satu makhluk yang dikenali sebagai jin. Motifnya adalah berbeza-beza. Antaranya, balas dendam, mendapat arahan untuk dihantar, ada juga yang suka2.

Jin ni makhluk yang kita telah dihijabkan dari pandangan mata kita. Kalau nampak depan mata belum tentu kita boleh bangun dari pengsan oleh sebab mukanya yang Allahu buruk yang teramat. Tak dapat dibayangkan muka mereka bagaimana.

Pertama kali saya duduk di asrama adalah pada tahun 2011 di mana pada ketika itu saya berada di tingkatan satu. Saya bersekolah di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Salak Tinggi. Kami tinggal di dalam dorm yang agak besar yang menempatkan hampir 20 orang pelajar. Ramai kan? Tapi yang menariknya, bila kita duduk ramai-ramai, Ikatan ukhuwah itu kuat walaupun jarak umur kami adalah 5 tahun. Kami tetap dilayan seperti adik kecil dan sahabat mereka.

Kakak-kakak senior adalah bercerita tentang histeria yang selalu berlaku di sekolah kami ni sebab sekolah kami ni agak keras sebab dalam hutan and atas bukit. Sebelah asrama perempuan adalah kawasan perkuburan yang dikendalikan oleh Masjid Salahuddin yang terletak bersebelahan dengan sekolah kami. Seram kan?.

Antara cerita yang sering diceritakan adalah orang minyak, pocong, pontianak dan sebagainya.seram tapi saya ingatkan ini adalah mitos la sebab tak pernah jadi depan mata. Pada suatu hari, waktu tu waktu maghrib dan kami sedang solat bejemaah di musolla. Menjadi rutin harian kami sebagai pelajar asrama untuk solat di musolla secara berjemaah pada setiap lima waktu. Sekolah agama kan mestilah mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah. Sedang kami solat berjemaah tiba-tiba dengar ada pelajar menjerit di dalam musolla. Suara jeritan pelajar perempuan. Tapi kami teruskan solat kami sehingga selesai baca doa. Selepas memberi salam yang kedua pada rakaat terakhir, semua pelajar perempuan pusing kepala ke balakang untuk melihat apa yang berlaku seketika tadi. Kami terlihat ada seorang pelajar sedang berbaring di atas riba salah seorang Barisan Pimpinan Pelajar. Kami kelihatan aneh la terutamanya pelajar tingkatan 1 yang masih baru di alam asrama ni. Saya terdengar kakak senior sebelah saya berbisik dan mereka syak ini mesti kes histeria.

Pada mulanya saya agak seram tapi perasaan ingin tahu tu menarik perhatian saya. Jadi saya dan beberapa kawan saya bangun untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh beberapa Barisan Pimpinan Pelajar. Mereka arahkan kami untuk duduk dan baca ayat kursi untuk perlindungan diri. Pada kebiasaannya kami akan mendengar tazkirah pendek sebelum bersurai ke kelas prep di sekolah tetapi pada hari tersebut ia dibatalkan. Kami diarahkan untuk ke kelas dengan secepat mungkin dalam barisan. Rupa-rupanya, Terdapat beberapa orang jugak terkena histeria ini. Ini bermaksud histeria ini adalah histeria berjangkit. Kakak yang pengsan sewaktu solat maghrib itu dikawal oleh ketua jin. Manakala yang selebihnya adalah konco-konco mereka. Ada juga yang menyatakan bahawa ketua itu adalah pontianak yang mencari anaknya di musolla ini. Sebab itu dia kacau kami. Tapi agak seram jugak kerana mendengar dia ketawa mengilai-ngilai seperti mengejek seorang abang senior yang sedang membca ayat pada dirinya.

Kami ingatkan histeria ini hanya terjadi di musolla. Tapi ia turut berjangkit ketika kami sedang mengadakan kelas prep malam di sekolah. Ini berlaku di depan mata saya kerana yang terkena adalah kawan sekelas saya. Kawan saya diberi nama Dayana(bukan nama sebenar) sebenarnya sedang mengalami homesick kerana dia berjauhan dengan parents dia. Jadi emosi dia agak tidak stabil la untuk berada dalam situasi seperti ini. Saya agaka rapat jugak dengan Dayana ni kerana tempatnya adalah di depan meja saya. pada ketika saya mendekati dia kerana dia menekup mukanya di atas meja. Saya ingatkan dia menangis jadi saya nak pujuk dia. Apabila saya letakkan tangan dia di atas bahunya dia mengangkat mukanya dan memberi jelingan maut kepada saya. saya berasa seram tapi saya bertanya kepada saya bahawa dia okay ke tidak tapi dia tak memberi respon dan hanya memberi senyuman sinin kepada saya. Saya berasa seram la jadi saya ambil keputusan untuk menjuhi diri daripada dia. Kemudian dia betulkan tempat duduk dia dan duduk dengan merenung setiap pelajar di dalam kelas tesebut. Maka ketua kelas saya bertanggungjawab untuk situasi dan memaggil seorang Barisan Pimpinan Pelajar untuk melihat keadaan ini. Bila dia diberi air bacaan alfatihah dia terus nangis. Kemudian dia dibawa ke bilik sakit di mana menempatkan beberapa pelajar yang turut terkena jangkitan histeria di sekolah.

Kemudian kami dibenarkan pulang awal ke musolla dan solat isya' secara berjemaah. Ketika itu pelajar yang terkena histeria pada permulaan telah dibawa ke darul syifa. Selepas solat kami diarahkan untuk duduk di musolla sehingga pukul 12.30 malam kerana ustaz sedang mendinding asrama kami. Apabila kami dibenarkan naik kami diarahkan untuk membaca 3 kul dan ayat kursi sebelum tidur dan terus tidur. Kami tak dibenarkan berlegar-legar di kawasan asrama. Itulah kali pertama saya dikejutkan dengan kejadian histeria.

Tuesday, 10 October 2017

HOMESICK

HOMESICK

Perkara yang tidak asing lagi dalam kamus seorang pelajar yang berjauhan dari parents. Siapa je yang tak pernah rasa HOMESICK ni terutama yang memang home buddies ni. Saya lah salah seorangnya. 

Apa yang dimaksudkan dengan HOMESICK ni ye??. HOMESICK bermaksud perasaan yang lahir dari hati untuk merindui suasana di rumah. Even personaliti dia bukan lah seorang yang manja atau anak bongsu atau anak kesayangan tetap akan ada perasaan ni.

Okay apa yang nak diceritakan dengan homesick. Korang mesti tak percaya yang saya HOMESICK, sebab majoriti yang kenal saya pon tak percaya. Saya mrupakan anak sulong dalam sebuah kelurga yang agak sederhana, mempunyai empat orang adik beradik iaitu 2 perempuan 2 lelaki. Kami adik beradik ni bukan la macam adik beradik yang lain yang saling menyayangi, ambil berat atau sebagainya. Rutin hidup kami sebagai adik beradik adalah bergaduh. Saya kuat bergaduh ngan adik saya yang ketiga iaitu lelaki. Nama diberi Zulkarnain. Saya bergaduh pon remeh je macam suruh buat kerja tapi taknak buat anad endingnya kami bergaduh. Tapi bila kami dipisahkan bilaman saya telah ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Melaka, Kami saling merindui..😂😂😂. Nak tahu sebab apa?. Sebab kami rindu nak bertingkah mulut , nak cemburu buat kerja lebih, nak ejek antara satu sama lain. Sehingga kan dia mesti akan call saya setiap minggu tanya "kakak balik tak minggu ni?. Rindulah..". Nampak betul rindu sangat tu. Tai nak buat camne belajar tetap belajar. And bilamana saya ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia ni saya pulak yang rindu pertanyaan dia setiap kali saya kat matrik. Nanti saya cerita kenapa..Tapi tula bak kata bak kata orang tua:
Kadang-kadang bila dekat ada sahaja kesalahan yang dicari tapi bila berjauhan timbul la rasa kerinduan tu..

Adik saya yang perempuan tu pon saya suka gaduh. Ni lagi hebat la macam kat tempat gusti WWE dah samapaikan rambut ditarik, baju sampai terkoyak sebab kan bergaduh benda remeh temeh. Tapi bila dah dewasa sikit ni kami agak jarang bergaduh la sebab dah besar. Kini kami sering membela sesama sendiri terutama bila kami bergaduh ngan adik lelaki kami yang ketiga tu.. Rapat kami ni macam belangkas la jugak and orang selalu tersilap pandang bahawa saya adik dan dia kakak. Sebabnya dia lagi tinggi dari saya. Tinggi gila yang pasti. Kami sering jugak luah perasaan sebab sama-sama perempuan. Sebabtu bila saya takde je kat rumah dia agak sunyi dia kata. Tapi bila saya ditawarkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia ni dia tak kisah sangat. Dia cam okay jelah. Maybe sebab saya selalu balik kot.

Haa mesti korang pelikkan kenapa aku jarang cerita adik saya yang keempat tu. Sebabnya jurang umur kami agak berbeza sedikit. Kami semua dah matang tapi dia baru di peringkat sekolah rendah jadi dia lebih kepada ibu dan bapa saya. Lagi satu dia agak manja jadi tak syok nak gaduh-gaduh ni.

Tapi sejak saya menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia ni, perasaan HOMESICK saya menjadi-jadi. Sehinggakan saya menangis setiap malam sebabkan HOMESICK ni. Kenapa eh?. Sebab jauh ke ye? Tapi matrik saya dulu lagi jauh daripada UKM ni. UKM ni dalam 15 minit je la dalam perjalanan ke rumah saya. Tak jauh sangat pun kan?. Ada satu malam sabtu tu saya call mak saya pukul 11 malam cakap saya nak balik rumah sambil menangis. Nasib baik lah ayah saya boleh ambilkan. Mungkin sebab perasaan manja tu timbul sebab rumah dekat agaknya. Tapi takpe saya tengah pulihkan perasaan HOMESICK ni. Saya taknak manjakan diri sangat sebabtu saya timbunkan kerja yang agak banyak. Dan Alhamdulillah semakin pulih walaupun masih berbaki lagi.


Oleh itu hargailah detik-detik manis di rumah sahabatku sekalian.

sekian sahaja coretan saya.



Sunday, 8 October 2017

KADET BULAN SABIT MERAH DAERAH UKM

Haa... ingat senang ke nak dapat kadet Bulan Sabit Merah di UKM ni. Susah taw.. Banyak step yang kene hadap.

Okay lets me explain. Pada 30 September 2017 telah berlangsungnya hari pemilihan bagi Kadet Bulan Sabit Merah. Pada hari tersebut, semua mahasiswa yang ingin menjadi kadet perlu berkumpul di Stadium Sukan depan Kolej Rahim Kajai. Semua kolej telah berkumpul di situ termasuk la Kolej Pendeta Zaaba yang jauh di pelusuk dunia UKM 😅😅😅.Kami diarahkan berkumpul pada pukul 8 pagi bagi sesi pendaftaran dan taklimat mengenai hari tersebut. Agak ramai jugak dan apa yang saya dapat pada permulaan hari permilihan ni mestilah dapat mengenali rakan baru dari pelbagai kolej. Saya juga dapat bertemu dengan sahabat saya semasa kami di sekolah menengah dulu. Tak sangka dia pon di UKM juga.

Kami diberi kepada tiga slot pada hari tersebut. Slot pertama merupakan ujian fizikal yang perlu dilepasi untuk ke peringkat seterusnya. Ujian fizikal ini telah diberi kepada empat stesen dan peserta perlu memenuhi kelima lima stesen ini dalam masa yang ditetapkan. Stesen pertama merupakn tekan tubi. Pergh...ini memang parah sebab saya memang dah lama tak buat tekan tubi ni. Last yang saya ingat saya buat adalah pada tingkatan 4 sebab ada ujian SEGAK. Tu pon sebab nak dapat markah bagi subjek Pendidikan Jasmani. Bilangan tekan tubi adalah berbeza memngikut jantina. Bagi perempuan perlu menyelesaikan tekan tubi sebanyak 15 kali manakla lelaki perlu menyelesaikan tekan tubi sebanyak 20 kali. And Alhamdulillah saya lepas😄😄. Next stesen pula kami perlu melakukan ujian yang dinamakan mengangkut mangsa . Kami perlu mencari pasangan untuk melakukan ujian ini. Antara cara mengangkut mangsa adalah Piggyback. Bagi saya ni agak berat la sebab kalau kita dapat pasangan yang berat memang  tabah la nak mengankut. Ujian ni bukan sahaja perlu mengangkut tetapi perlu berjalan ulang alik sepanjang 100 meter dalam masa lima belas minit.Pergh... memang rasa nak patah la belakg saya ni.😂😂😂. Tapi takpe saya lepas jugak. Stesen ketiga pulak adalah lompat bintang sebanyak 20 kali bagi perempuan dan 30 kali bagi lelaki. Tapi bagi saya, lompang adalah ujian yang agak ringan la sebab dah biasa lompat bintang masa kat matrik dulu. Sebab nak kurus la katakan tapi macam tu jugak berat badanya. Dan stesen terakhir sekali adalah paling berat bagi saya iaitu lari satu trek di stadium sebanyak 5 pusingan. Pergh dala tak makan pagi lepas tu kene lari pulak tu. Tabah.. tabah... Dan yang paling sadisnya saya perlu selesaikan dalam masa 20 minit. Nampak masa tu lama kan tapi hakikatnya tabah la nak lari satu stadium tu sampai 5 pusingan. And lepas menanti selama 30 minit saya tersenarai pendek untuk peserta yang terlepas dalam ujian fizikal. TAHNIAH!!

Next slot adalah ujian bertulis yang perlu dijawab dalam masa 1 Jam. Ujian ini mempunyai 25 soalan tuk dijawab da semuanya adalah objektif. Ujian ini berunsurkan tentang pengetahuan anda mengenai Bulan Sabit Merah Daerah UKM dan pengetahuan tentang asas pertolongan cemas.Haa ni agak mencabar jugak la sebab dia ada tanya mengenai sejarah Bulan Sabit Merah Daerah UKM ni. Tapi saya tak berminat nak bercakap panjang sebab biasalah test je.

And slot yang terakhir adalah sesi temuduga. Ohmaigodd ni paling seram sikit sebab level confidence saya memang sangat rendah. Tahap yang bawah sekali. Tapi saya kuatkan semangat and bersyukur la sebab dapat panel yang agak baik and sporting. Bila masuk je dia cakap just chill je. huuh nasib baik taw. So soalan yang ditanya cam biasalah pengenalan diri bagai semua pastu kenapa pilih BSMM pastu kalau ada kesempitan waktu boleh ke bagi comitment.. soalan common la..so saya cuma rilek je laa. sahabat saya yang baru jugak la kenal, dia cerita dia dapat panel agak garang dan serius. panel ni adalah bekas polis di Wisma Aman so dia agak strict sikit laa.. So after tamat semua slot kami dibenarkan balik dan saya sambung pula ke KS2KM untuk bagi support kepada ahli rumah sukan saya.

Selepas beberapa hari, keputusan bagi Kadet Bulan sabit Merah pun keluar and I GOT IT!!.

In Sya Allah, i will try hard to be a good Kadet Bulan Sabit Merah Daerah UKM.🙈🙈



Sekian 


KS2KM

Apa pulak ni kan?

Karnival Sukan Kolej Keris Mas sesi 2017/2018 yang dianjurkan oleh sekteriat sukan Kolej Keris Mas.
hmm... apa yang menarik eh tentang program ni?. dah nama pun sukan kan mestilah berkaitan dengan sukan. Aktiviti sukan ini banyak manfaatnya. antaranya mampu mengerat silaturarahim antar semua pelajar tetapi karnival ni hanya untuk pelajar tahun 1 dan beberapa fasilitator yang menjaga kami semasa Program Minggu Mesra Mahasiswa.

Dalam Karnival sukan ni saya merupakan ahli rumah hijau atau nama lainnya adalah Slytherin yang mewakili logo ular. Seram kan?. Dalam sukan ni terdapat 4 rumah sukan iaitu hijau, merah, kuning dan biru. Tetapi ahli rumah hijau ni sedikit je bilanganya. hanya 148 orang sahaja.

Saya telah memasuki acara bola jaring perempuan bagi mewakili rumah sukan saya dan apa yang mengejutkan ada acara bola jaring lelaki?!!. seriously saya tak pernah dengar tapi itulah kelebihan Karnival Sukan ini. Tapi jangan pandang sebelah mata kerana rumah hijau telah pon menjuarai bola jaring dalam acara bola jaring lelaki. Hebat bukan?. padahal dorang tak pernah berlatih tapi 👍👍daebak!!. Mlangnya perempuan tapi mampu pergi pon ke acara suku akhir. Mungkin sebab saya takde kot 😆😆. perasan je. Saya terpaksa tarik diri bagi acara bola jaring perempuan kerana bertindan masa dengan hari pemilihan bagi Kadet Bulan Sabit Merah Daerah UKM. Walaupun agak kecewa kerana terpaksa menarik diri tapi saya saya tidak melepaskan peluang untuk memberi sokongan selepas saya pulang dari pemilihan tersebut.

NEVER MIND GUYS! WELL DONE AND GOOD JOB.

Apabila tiba pada majlis kemuncak iaitu penyampaian hadiah bagi setipa rumah hijau, sekali lagi saya terpaksa meninggalkan ahli kumpulan rumah hijau saya dan pergi ke Unit Protokol Kolej Keris Mas. Saya terpaksa menjalankan tugas semasa majlis tersebut kerana terdapat VIP dalam majlis tersebut. Saya ditugaskan untuk menjadi usher red carpet iaitu dengan menyambut VIP semasa VIP sampai ke majlis tersebut. Saya hanya mampu melihat dari jauh sahaja ahli kumpulan saya bersorak melawan soakan dari rumah sukan yang lain.

Pada pengumuman yang dinantikan iaitu Anugerah Olahragawan dan Olagragawati serta Juara keseluruhan, saya berasa berdebar- debar. Kami mengharapkan nasib menyebelahi kami tapi mungkin bukan rezeki kmi kerana kami telah mendapat Tempat Keempat bagi Markah keseluruhan. Juara Keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah kuning Dan turut Olahragawan dan Olahragawati diwakili dari rumah Kuning. Tahniah Rumah Kuning. Bagi pasukan rumah saya 

KEKALAHAN BUKAN MELAMBANGKAN KITA TELAH MENYERAH TETAPI KEKALAHAN MERUPAKAN SATU TITIK PERMULAAN UNTUK KITA BERJAYA.

Bagi saya kemenagan bukan la segalanya tetapi keseronokan dan hasil persahabatan yang terjalin antara kita merupakan satu kejayaan bagi kita. Kita telah mengenali diri antar satu sama lain kerana kita bersama di waktu bersorak, di waktu bermain, di waktu kekalahn, dan di waktu kemenangan. Dan itulah kengan yang amat manis untuk dirasai bersama. Saya harap persahabatan yang terjalin melalui ikatan sukan ini mampu kekal sehingga ke akhirnya.

Sekian...

K2PM

K2PM
haa mesti tertanya tanya kan apa itu K2PM
K2PM mewakili kepada Kursus Perancangan dan Pengaturcaraan Majlis yang dipimpin oleh Unit Protokol Kolej Keris Mas.

Lupa untuk saya perkenalkan. Saya merupakan salah seorang ahli Unit Protokol Kolej Keris Mas. Unit Protokol ini selalunya ditugaskan di kebanyakan majlis kerana setiap majlis pastinya ada majlis formal. Dalam Unit Protokol ni saya bahagian HELA iaitu Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa. Bahagian saya agak berat juga kerana saya akan menguruskan bahagian barisan VIP yang akan hadir pada sesuatu majlis. Jadi kene tabahkan hati la sebab tak semua VIP mampu memberi kerjasama ngan kita.

Okay kita teruskan dengan K2PM ni. Kursus ini bertujuan untuk membimbing dan menerangkan tentang protokol dalam sesebuah majlis. Tak semua majlis kita boleh jalankan dengan kehendak kita. Konsert pon ada tatacara sebuah majlis jugak taw. Antara slot yang terdapat dalam kursus ini ialah;

1. Slot bersama dengan Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas yang bertajuk Kepimpinan Dalam Majlis. Slot ini amatlah membantu para hadirin untuk bersedia dalam memimpin sebuah majlis terutama majlis yang agak besar dan terdapat VVIP yang amat dikenali dan terpengaruh.

2. Slot iStar dan penyediaan kertas kerja yang disampaikan oleh Puan Wan Unit Perhubungan Alumni yang menerangkan tentng keaktifan kita dalam sesebuah organisasi mampu membantu kita dalam waktu pekerjaan.

3. Slot Etika di Meja Makan dan Penyediaaan Surat Rasmi yang diterangkan oleh Encik Saipulnizam yang amat arif dalam perhubungan dengan pihak atasan UKM dan pihak kementeriaan. Slot ini agak menarik kerana kita diperkenalkan dengan pelbagai panggilan berhormat yang amat sesuai dengan gelaran yang terdapat dengan VIP yang akan kita jemput ke seseuatu majlis.

Disebabkan kursus ini diuruskan oleh Unit Protokol Kolej Keris Mas, maka banyak lah tugasan yang saya perlu diselesaikan sebelum dan semasa majlis ini berlangsung. Sebelum kursus ini dilangsungkan saya ditugaskan untuk menjadi HELA iaitu membuat surat jemputan kepada Kolej Pendeta Zaaba dan kepada penceramah iaitu Dato` Dr. Syed Kamaruddin bin Haji Sadak. Agak berat jugak tugas ini kerana saya perlu juga menghantar surat kepada Ketua Eksekutif Kolej Pendeta Zaaba tetapi bagi surat jemputan penceramah telah diambil oleh akak senior dalam unit protokol  dan digantikan dengan surat jemputan kepada Felo Penasihat Unit Protokol Cik Khairun Nabila. Seperti yang saya katakan amat susah berurusan dengan VIP kerana apabila ditanya tentang kehadiran beliau hanya akan mendapat bluetick sahaja. Kesian kan... tapi selepas bersemuka dengan VIP tersebut Alhamdulillah sebenarnya agak mudah untuk berurusan dengan mereka tapi kengkangan masa beliau yang menyebabkan beliau tidak mampu untuk membalas mesej.

Saya juga ditugaskan dibahagian cenderamata . Bahagian ini tidaklah sesukar mana kerana hanya perlu mencari cendermata yang sesuai untuk dijadikan tanda penghargaan kepada VIP yang hadir dalam majlis ini. jadi pengalamannya mencari cenderamata jer..

Dan tugas saya yang terakhir sekali adalah sebagai usher utama kepada VIP. Tugas saya ni bagi saya amat mencabar jugak kerana kita perlu ada sentiasa dengan VIP yang dijaga. Kira macam pengiring la jugak kan?. Tip untuk usher ini perlu senyum dan ramah.

And bila tamat je majlis rasa lega sangat2 sebab tugas kita dah selesai dan paling penting berjalan dengan lancar. Seronok taw handle majlis ini walaupun adalah kucar kacir sikit time permulaan tu. tapi ini merupakan kengan yang paling manis la bagi saya laa. so thanks to you all sebab banyak sangat bantu saya dalam mencari pengalam yang menarik ni.

Dan malam tu kami dipanggil oleh Presiden Unit Protokol untuk membuat pos moterm selepas majlis ni. Tapi saya minta maaf banyak2 sebab saya boleh hadir sekejap je selepas tu saya kene tinggal sebab saya ada hal yang tak boleh dielakkan. Anyway,

CONGRATULATIONS EVERYONE!! WE DID IT!!.

Sekian :)


  Kami dari Unit Protokol Kolej Keris Mas sesi 2017/2018

Thursday, 21 September 2017

MY BESTFRIEND



Nama diberi Nurul Camelia Binti Mohammad..lahir pada 5 April 1998. Comel kan sahabat saya ni..

Saya mula mengenali beliau pada tahun 2016 iaitu setahun yang lalu. Walaupun waktu pengenalan agak singkat tpi cukup mencipta banyak kengan suka dan duka, tangis dan tawa, air mata serta senyuman paling manis pada tahun tersebut. Anehkan ? dalam waktu yang singkat ni boleh mencita 1000 kenangan yang sukar dilupakan tetapi itulah hakikatnya.. Kami ditemukan di Kolej Matrikulasi Melaka, Londang . Beliau merupakan classmates semasa praktikum Minggu Asimilasi saya iaitu minggu perkenalan kelas di matrik tetapi dalam masa 2 minngu itu kami tak pernah bertegur mahupun bergaul kerana masing-masing sudah mempunyai sahabat sendiri.

Selepas 3 minggu kelas kami diubah untuk ditetapkan dalam kelas yang akan kekal sehingga tamat pembelajaran kami di matrik. Oleh sebab kami pernah Satu kelas Asimilasi jadi kami mengambil keputusan untuk bergerak sama-sama kelas untuk kelas pertama. Dan bermula di situ la titik perkenalan kami untuk bersuai kenal bermula. Pada permulaan perkenalan kami, saya menganggap dia seorang budak NERD..Hahahaha..saya ni suka jugde orang sesuka hati😜😜😜 tapi anggapan saya salah kerana sebenarnya dia seorang yang sangat cemerlang dalam hidup dan seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk mengubah dirinya dan keluarganya.

Maka bermula la titik perkenalan kami sebagai BESTFRIEND FOREVER. Kami telah berjanji untuk menjadi akauntan bersama sama suatu hari nanti..Kedengaran seperti impian setiap kanak-kanak kecil tetapi In sya Allah kami ingin kotakan. Untuk bercerita tentang kenangan yang kami cipta memang banyak. Jadi saya hanya akan flashback balik je kenangan-kenagan kami melalui gambar


Gambar ini diambil semasa kami dipilih untuk menjadi fasilitator bagi subjek perakaunan dan dihantar ke UITM Lendu untuk diberi pencerahan kepada mentee kami-kami nnti. Lawatan ini jugak dipilih untuk pelajar-pelajar yang bakal mendapat 4 flat untuk Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi Semester 1(PSPM1). Agak terkejut kerana terpilih kerana saya bukan pelajar cemerlang pun..Kalo Camelia yang terpilih tu ye la jugak saya percaya.


And finally Alhamdulillah, kami kotakan harapan pensyarah-pensyarah kami untuk mendapat keputusan 4flat semasa peperiksaan PSPM1. Saya doakan kami mampu berjaya di dunia dan di akhirat serta diberikan keberkatan dan kerahmatandi setiap kejayaan yang kita perolehi.


gambar ini diambil selepas kami berdamai akibat perang yang besar dalam kelas akibat salah faham dan sifat kepuak-puakankan. Setiap malam saya dan Camelia cuba untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kelas praktikum. Kami terpaksa berjumpa dengan setiap orag kerana bertanya tentang masalah yang akan jadi kalau perkara ini berlanjutan. Akhirnya kami membuat keputusan untuk membuat sesi luahan hati untuk semua orang tak kira lelaki atau perempuan tentang rasa hati terhadap setiap orang di dalam kelas tersebut dan Alhamdulillah selesai masalah kami.

Agak banyak kenagan yang tak dapat diceritakan disini. Kenangan yang sentiasa di dalam hati ini kadang-kadang membuatkan hati terasa pilu dan sedih kerana jarak dan masa yang menyekatkan kami untuk berjumpa. Camelia menetap di Johor manakala saya pula menetap di Selangor dan saya mengharapkan Allah pertemukan kami suatu hari. Memang sosial media mampu menghubungkan jarak kami yang jauh tapi tak mampu mengubat hati kami untuk bersemuka.

Kini kami telah menyambung pelajaran ke universiti untuk menggapai impian yang ingin dikecapi bersama. Universiti Utara Malaysia(UUM) adalah universiti pilihan kami tetapi Allah telah mengaturkan segalanya. Saya tidak dapat menyambung pelajaran ke UUM kerana mendapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Pentadbiran Perniagaan. Tetapi sahabat saya Camelia dapat menyambung pelajaran ke UUM dalam bidang yang kami inginkan iaitu Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian. Tahniah sahabat💪.Di sini saya selitkan video yang saya buatkan untuk saya sahabat saya sebelum kami menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Melaka

NURUL CAMELIA BINTI MOHAMMAD


Camelia,
Andaikan engkau membaca setiap tulisan yang saya tulis saya harap awak akan sematkan diri saya dalam setiap kenagan kita.
Hati-hati sahabatku
Moga engkau sentiasa di bawah lindungan-Nya


salam #kitakawan
SAKINAH



Monday, 18 September 2017

MISHAND

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Mesti korang tertanya tanya kan apa tu MISHAND kan?

MISHAND tu mewakili 11 orang nama member saya...

M- madihah😀
I- iffah😁
S- Sakinah😙,Shahida😗,Syaqirah😄
H- hafni😚
A- Aishah😂,Afifah☺
N- Nabila😇,Nayli🙄
D-Dayana🤔


Unikkan?? Seperti uniknya persahabatan kami. Perkenalan kami bermula semasa kami tingkatan 2 dan kebanyakan kami sekelas walaupun ada seorang dari kami dari kelas yang lain iaitu nayli tapi perbezaan kelas tak menhalang kami untuk terus menjadi sahabat yang rapat. And majoriti dari kami duduk asrama dan beberapa lagi duduk di rumah..istimewanya mereka ni menyebabkan saya susah untuk lupakan banyak kenangan yang kami created sewaktu kami di sekolah. Kami antara pelajar yang agak digeruni jugak di asrama disebabkan kami agak nakal tapi kitaorang still baik hati..ya Allah rindunya mereka ni..

Salah satu kenangan yang saya tak boleh saya lupakan sewaktu kami semua tidur bersama di atas dua katil yang digabungkan sambil bercerita tentang hati masing-masing. Sangat2 indah sewaktu itu..

Selain itu saya rindu sewaktu kami didenda solat subuh di atas jalan tar disebabkan turun subuh lambat...walaupon sakit solat atas tar tapi itu kenangan paling indah yang tak semua orang akan rasa.

Dan kenangan yang paling2 saya tak boleh lupakan dalam memori saya adalah semasa kami sambut birthday setiap ahli kumpulan kami..kami buat sehingga budak befday nangis tak berhenti henti...tapi kami ending kan prank tersebut dengan tangisan kegembiraan dengan balingan air nila dan sabun serta hadiah yang agak mahal tuk dibuang sekiranya rosak.

Persahabatan yang kami bina tak semestinya dibina dengan gelak tawa sahaja tapi turut dengan air mata kerana sebuah perkenalan itu tidah lengkap dengan pertingkahan dan dengan pertingkahan yang berlaku antara kami ini makin menguatkan lagi tali persahabatan yang ان شاء الله ke jannah..

Kini kami telah menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..walaupon begitu kami tetap berhubung dan tetap bertemu apabila cuti semester bermula.

Sahabat..
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisiku pabila ku dalam duka dan suka
Terima kasih sering menyinari hidupku 
Semoga Allah memberkati tali persahabatan yang kita jalinkan ini.

 DARI 
SAKINAH




Monday, 11 September 2017

HAPPY BIRTHDAY TO ME

9 SEPTEMBER 1998 adalah tarikh keramat bagi saya kerana tarikh ini merupakan tarikh saya dilahirkan di Hospital USM Kubang Kerian Kelantan pada pukul 4.15 ptg.

Kini kita sudah memasuki tahun 2017 maknanya umur saya sudah mencapai 19 tahun and ini tahun ini merupakan #lastteen saya ...

Tarikh 9.9.2017 jatuh pada hari sabtu pada tahun ni dan saya mengharapkan parents saya akan membuat kejutan seperti tahun with my birthday party tetapi sangkaan saya salah kerana bila saya balik ibu saya telah pergi ke Janda Baik manakala ayah saya pula bekerja pada hari tersebut. Adik eradik saya semua ada kelas pada hari tersebut jadi cuma tiggal saya dengan atok saya. jujur saya katakan bahawa saya sedih sangat sebab semua busy pada hari special saya ni tapi takpelah saya redha je.

Tetapi pada keesokan hari parents saya buat kejutan dengan memberi hadiah seutas jam tangan yang bagi saya agak mahal sebab jarang untuk parents saya bagi hadiah semahal itu.. tak dapat digambarkan betapa cantiknya jam tersebut di dalam beka syang agak exlusive la jugak..hmm nak nangis pon ada. Thanks umi and abah for present walaupon birthday ni tak disambut dengan majlis tapi srsly kakak terharu sangat. i proise yang akan belajar sungguh-sungguh and jadi seorang yang amat berguna pada bangsa dan negara..𝄄👪

Tarikh ini juga sama dengan tarikh keputeraan Sultan Muhammad 4 yang merupakan Agong kita..
Bangga saya rakyat sultan Kelantan walaupon saya dibesarkan di Selangr tapi saya masih berasal dari Kelantan..

Oleh itu sebagai anak solehah teruskanlah berbakti kepada ibu bapa walau bagaimanapun ibu bapa..jangan pernah rasa malu untuk bersama ngan ibu ayah kita..ingatlah mereka lah yang melahirkan kita membesarkan kita dan mendididk kita sehingga kita di tahap yang berjaya ini.
jadi mari kita sama2 berdoa untuk ibu bapa kita selepas solat.




Thursday, 7 September 2017

Pengalaman ke Ukm

Assalamualaikum and welcome to my blog...

First at all, nama diberi Siti Nur Sakinah binti Zulkifli yang membawa maksud cahaya ketenangan..

Perasaan apabila dijemput menjadi bakal mahasiswa UKM tak dapat diungkapkan betapa gembiranya apabila ditawarkan. Ini adalah pilihan pertama dan in sya Allah menjadi pilihan terbaik untuk meneruskan perjuangan hidup.

Sebenarnya UKM adalah universiti yang selalu saya jejaki sehak sekolah rendah lagi atau mungkin dari tadika lagi kerana UKM adalah universiti yang paling hampir dengan rumah saya. Rumah saya hanya mengambil masa 20 minit je untuk ke sini walaubagaimanapun UKM adalah universiti yang paling banyak saya dengar sebagai universiti terbaik. Jadi apa salahnya memilih UKM sebagai menara gading idaman.

Okay, pertama kali daftar kat UKM saya x bawa banyak barang pon. Sekadar membwa 3 helai baju kurung 2 helai baju tshirt dan 3 helai seluar track. Maklum la rumah dekat jadi tak usah bawa barang banyak. Saya mendapat kolej Kris Mas (KMM) blok 10 tingkat 4 . Rasa jauh tapi takpelah redha je mampu. Apabila sampai bila, saya lihat roommate saya dah daftar tapi bila nak tegur macam sombong je. Sibuk dengan mengemas barang dan kalau tegur pun jawab sepatah je. Tiba tiba rasa down pulak sbb roomate camni tapi takpelah redha la sekali lagi.

Apabila malam je baru kami bertegur kenalkan nama and yes anggapan saya salah rupanya... betul la orang cakap DONT JUDGE THE BOOK BY IT COVER. So bermula la titik permulaan kami. So saya introduce roomate saya Nur Nasuha binti saya x pasti la. So sejak hari itu kami jadi agak rapat la sebab kawan matrik semua kolej lain.

Rasanye sampai situ je kot.

Eh satu lagi nak citer pasal parents saya...

Saya adalah anak sulong untuk ibu bapa saya. Oleh itu saya lah idola kepada adik beradik saya. Tapi saya pelik la sebab saya anak sulong tapi rasa dimanjakan..takpelah bersyukur la bahawa saya disayangi oleh orang tua saya.. dan yang peliknye ibu saya homesick sebab saya duduk asrama.."umi..umi..akaq bukanlah jauh sangat" tpai bak kata cikgu Hani *cikgu sekolah menengah* "Hargailah orang di depan mata terutamanya ibu bapa kita sebab satu hari nanti kita takkan dapat lihat lagi apabila mereka meninggal dunia."

Sebelum mengakhiri penulisan saya ni sata akan selitkan kata2 peringatan diri saya dan semua

SETIAP KESUSAHAN PASTU DISEBALIKNYA KEINDAHAN
"ان مع العسرى يسرى"

sakinah





PENUTUP

Ini adalah blog saya yang ke 28. Maka inilah pengakhiran bagi blog saya kerana dalam task yang diberikan saya perlu menulis 28 blog. Jadi ba...